Betol-betol Hangat! Cuba rogol: Pengarah Urusan IMF didakwa

Oleh Kaki Wayang on


NEW YORK 15 Mei - Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn awal hari ini didakwa secara rasmi 'atas tuduhan melakukan serangan seksual dan percubaan merogol'. Beliau ditahan semalam dan disoal siasat berhubung dakwaan serangan seksual terhadap seorang pengemas bilik di sebuah hotel terkemuka di bandar raya ini, kata polis New York.

Strauss-Kahn, anggota Parti Sosialis yang dijangka mencabar Presiden Nicolas Sarkozy pada pilihan raya Presiden Perancis pada tahun depan, dibawa turun dari sebuah pesawat Air France semalam, beberapa minit sebelum penerbangan dijadual berlepas ke Paris dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy. "Kami menahannya dan menyerahkannya kepada Jabatan Polis New York City (NYPD) atas permintaan NYPD," kata seorang pegawai Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey. Pihak berkuasa menyiasat dakwaan seorang wanita berusia 32 tahun di Hotel Sofitel New York diserang awal semalam, kata polis.

Pegawai Lembaga Pelabuhan berkata, Strauss-Kahn, 62, dibawa turun dari pesawat 10 minit sebelum waktu berlepas, pada pukul 4.45 petang semalam (4.45 pagi ini waktu Malaysia). Menurut akhbar New York Daily News, Strauss-Kahn mendekati wanita itu dari belakang selepas dia masuk ke biliknya lalu memaksa mangsa melakukan seks oral.

Wanita itu berjaya melepaskan diri sementara Strauss-Kahn bergegas meninggalkan hotel tersebut untuk menuju ke lapangan terbang, lapor akhbar tersebut. Insiden semalam bukan kali pertama Strauss-Kahn, juga dikenali sebagai 'DSK', terlibat dengan dakwaan seksual, kerana pada 2008, beliau didakwa mengadakan hubungan sulit dengan seorang ahli ekonomi IMF rakyat Hungary.

IMF menyiasat dan mendapati beliau tidak mengenakan tekanan ke atas wanita itu tetapi menyifatkan kelakuan beliau sebagai tidak wajar. - AFP

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...