Betol-betol Hangat! Kesan Trend Kahwin Lewat

Oleh Kaki Wayang on

Beginilah kisahnya bila manusia menjadikan kahwin lewat sebagai satu trend..bila ditanya..bila nak kahwin? "belum sampai masa lagilah", "belum sampai seru", "kita ni tak cantik tak de sape yang nak"..kalau macam tu alasannya sampai bila-bila pun tak kahwin..lebih-lebih lagi bila ada manusia yang lebih suka dengan pasangan sejenis..gilo ko apo!!!

Cuba lihat dan fahami situasi ini yer kengkawan sekalian:

Trend melewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi bukan sahaja membawa implikasi negatif kepada institusi kekeluargaan malah turut merencatkan pembangunan negara. Pensyarah Jabatan Sosiologi dan Antropologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Fatimah Daud berkata, trend negatif itu akan menyebabkan pembangunan sosial, ekonomi dan politik negara semakin lembab.

"Sekiranya trend ini berterusan, saya khuatir kadar kelahiran bayi di negara ini akan semakin menyusut dan kita tidak dapat menambah jumlah penduduk yang merupakan aset paling berharga.

"Negara kita tidak akan berkembang dengan jumlah penduduk sedia ada sekitar 26 juta orang sahaja. Kita perlu jumlah penduduk yang lebih ramai untuk membantu membangunkan negara.

"Perkara ini akan menimbulkan masalah kepada negara pada masa akan datang kerana kita bakal kekurangan tenaga kerja sehingga memaksa membawa masuk tenaga dari luar yang saya lihat merupakan satu pembaziran," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Selain itu, menurut Fatimah, kos perbelanjaan perkahwinan yang tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit turut menjadi faktor penyumbang kepada trend tersebut. Katanya, situasi itu mendorong golongan yang berhasrat untuk berkahwin membuat pinjaman daripada bank bagi menampung segala kos perbelanjaan.

"Paling tidak pun pasangan yang ingin berkahwin perlu menyediakan RM20,000. Ia merupakan antara sebab ramai yang membuat pinjaman bank untuk berkahwin.

"Kesannya pula, bebanan hutang bertambah kerana kadar bunga bagi pinjaman bank agak tinggi dan menjejaskan kehidupan pasangan selepas berkahwin," jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Datuk Ramani Gurusamy berpendapat, keinginan golongan wanita untuk memiliki kehidupan yang stabil menjadi faktor penyumbang trend itu semakin berleluasa.

P/s: Kekadang ramai kawan aku yang buat pinjaman kat Bank Rakyat untuk kahwin..kita nak kahwin bukan nak buat maksiat..so apa salahnya buat pinjaman ye dok?tapi biarlah berpada2 dan mampu untuk membayarnya semula..kang tak pasal-pasal pas kahwin makan pasir pla..cuma Betol-betol Hangat! nak pesan..sebagai orang Islam..jangan lah korang nak cuba2 tak nak kahwin..kang nanti Nabi tak ngaku umat tau..Jangan lah korang sampai tak kahwin bila memikirkan kesan yang akan terjadi ke atas kamu..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...