Betol-Betol Hangat! Senarai nama mangsa kejadian tanah runtuh

Oleh Kaki Wayang on

KUALA LUMPUR: Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini hari ini.
Sehingga pukul 11.30 malam tadi, 10 mangsa yang terkorban terdiri daripada lapan pelajar dan dua penjaga, sembilan mangsa cedera dan enam lagi masih tertimbus.

Senarai nama yang terkorban menurut nama panggilan mangsa di rumah anak yatim berkenaan: 1. Azrel, (8) 2. Nael (8) 3. Shahrul, (9) 4. Boboy, (10) 5. Farid, (34) 6. Eqim * 7. Zaim * 8. Angah * 9. Rahimi * 10. Zaid Ashwal (18) Sembilan yang terselamat iaitu: 1. Khairul, (9) 2. Hairis * 3. Harris * 4. Akmal * 5. Aizat * 6. Alaudin * 7. Irwan, (33) 8. Din, (30) 9. Syafiz, (22) Enam yang masih tertimbus ialah: 1. Riz (9) 2. Lokman (11) 3. Fahad (9) 4. Aiman (10) 5. Hazim, (9) 6. Hasril (11) * umur tidak diketahui.
 
Marilah kita sama-sama berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah serta bacaan Surah Yasin kepada mereka yang telah terkorban dalam nahas yang menyayat hati itu.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...