Edisi Sukan Sengal! Keputusan Badminton Piala Axiata: Indonesia Rajawali kejutkan Malaysia Tiger - Besar Kepala Punca Malaysia Kalah!

Oleh Kaki Wayang on


Skuad utama negara, Malaysia Tiger mengalami kejutan terbesar pada kejohanan Piala Axiata apabila tumpas 1-2 kepada Indonesia Rajawali dalam perlawanan penutup Kumpulan K di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.

Juara All England 2003, Muhammad Hafiz Hashim memulakan langkah sumbang Malaysia Tiger apabila tunduk 21-16, 18-21, 9-21 kepada Dionysius Hayom Rumbaka, sebelum pasangan No. 8 dunia, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dikejutkanberegu tidak ternama, Angga Pratama-Rian Agung Saputro 21-10, 18-21, 13-21 untuk mengesahkan kemenangan Indonesia.

Liew Daren menghadiahkan mata saguhati Malaysia Tiger dengan menundukkan pemain remaja berusia 18 tahun, Shesar Hiren Rhustavito 21-19, 21-13.

Walaupun kalah, pasukan negara sudahpun mengesahkan tiket separuh akhir dan kini akan berdepan skuad utama Indonesia, Indonesia Garuda, yang muncul juara Kumpulan J selepas mengalahkan Malaysia Leopard 3-0 di Stadium Tenis Tertutup Istora Senayan, Jakarta, petang semalam.

Aku rasa macam bodoh dan sengal je pemain Malaysia ni main..aku ni bukanlah manusia/ penyokong dalam kalangan bila mana Malaysia menang aku puji dan bila kalah aku kutuk..tapi hakikatnya, Pasukan Malaysia yang bermain malam tadi begitu teruk akan permainannya. Lihat saja Muhammad Hafiz Hashim langkahnya begitu mudah dibaca, pergerakkannya begitu tidak konsisten, permainannya seperti beliau baru setahun dua bermain dan berlatih badminton. Semuanya serba tidak kena. 

Begitu juga dengan pasangan Beregu Utama Negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong, permainan mereka semakin lama semakin merosot. Mudah besar kepala apabila mendahului lawan, bukanlah mahu menurunkan semangat mereka tapi begitulah hakikatnya. Bila menang set pertama nampak seperti mereka memperlekehkan perlawanan dan lawan. Akibatnya kalah mudah. Padahal pada ketika itu kemenangan sudah hampir pasti buat pasukan negara. Tapi kealpaan regu Malaysia dan Muhammad Hafiz Hashim menghukum segalanya! Memang sengal!

P/s: Minta maaf sebab menggunakan kata-kata kesat ini, bukan apa pemain Malaysia sudah berada diambang kemenangan. tapi kesilapan bodoh memakan diri. Besar kepala dan mudah lupa diri mengakibatkan aku seperti nak meletup..!

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...