Edisi Terkini! Pelakon Gerak Khas, Detective Lim Menangis Selepas Dakwaan Mencuri Buku Dilepaskan!

Oleh Kaki Wayang on


Selepas tiga tahun menanggung malu kerana menghadapi tuduhan mencuri dua buah buku, Detektif Lim semalam menangis gembira sebaik mendengar keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskannya daripada dakwaan itu.

Pelakon drama Gerak Khas atau nama sebenarnya Farid Amirul Hisham Wu Abdullah berkata, dengan keputusan itu, dia berharap orang ramai akan kembali yakin kepadanya.

"Paling penting, ibu bapa saya boleh tidur lena," katanya ketika ditemui di luar mahkamah semalam.

Menurut pelakon itu, pendapatan dan kredibilitinya terjejas berikutan kes itu sehingga dia terpaksa bekerja sebagai atendan pam di sebuah stesen minyak di Alor Gajah, Melaka selama setahun kerana tidak mendapat sebarang tawaran kerja.

Bagaimanapun kata Farid, dia bernasib baik kerana selepas itu diambil bekerja sebagai penolong pengarah bagi program televisyen 26 siri Titisan Darah Pahlawan yang dijangka disiarkan pada Hari Kebangsaan ini.

Sementara itu, penerbit dan pengarah drama bersiri Gerak Khas, Datuk Yusof Haslam berharap penerbit drama atau filem tempatan tidak menyisihkan Farid kerana dia terbukti tidak bersalah.

Beliau berkata, Farid perlu diberi ruang untuk kembali mewarnai dunia lakonan selepas ini.

"Saya harap penerbit drama dan filem tidak merekodkan perkara ini atau terus memberi tanggapan negatif kerana setiap yang berlaku mempunyai hikmah," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Yusof berkata, beliau sendiri memberi peluang kepada Farid dengan mengambilnya bekerja di belakang tabir selepas direhatkan daripada berlakon dalam drama Gerak Khas.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
1 Comments

{ 1 Komen Membina!... read them below or add one }

Afasz said...

tersnyum si dia.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...