Edisi Hangat! Cara Betul Manfaat Facebook!

Oleh Kaki Wayang on


'FACEBOOK' digunakan pada zaman ini di mana saja, di rumah, pejabat, perniagaan kecil, besar, NGO malah kerajaan sebuah negara juga menggunakannya. Hatta presiden mahupun perdana menteri sesebuah negara, artis sehinggalah pelajar sekolah menggunakannya untuk perhubungan dan perkongsian maklumat.

Iklan jap:

Hai Si Kacak dan Si Cantik semua..Suka artikel dan blog ini? Klik sini sekali:


Berdasarkan statistik pada Jun 2011, daripada 16,902,600 rakyat Malaysia yang menggunakan internet, 11,221,040 daripada mereka mempunyai akaun ‘Facebook’. Secara purata, ia menjadi pangkalan memasukkan aplikasi lebih daripada 20 juta kali setiap hari dan lebih daripada 500 juta pengguna menggunakan aplikasinya atau yang berkaitannya melalui laman web lain.

Malah tujuh aplikasi dan laman web turut dihubungkan dengan ‘Facebook’ dan 350 juta pengguna aktif melayari laman terbabit melalu telefon mudah alih. 475 juga operator bertugas bagi mempromosi dan membangun ‘Facebook’ menggunakan telefon mudah alih.

Melihat kepada kecenderungan masyarakat menghabiskan masa berjam-jam menghadap ‘Facebook’, penulis, Zaharuddin Abd Rahman terpanggil untuk mengajak masyarakat agar mengehadkan penggunaan ‘Facebook’ kepada perkara yang benar-benar memberi manfaat saja. Demi memastikan manfaat dunia yang diperoleh daripadanya tidak membawa bencana di akhirat.

Justeru, prinsip Islam yang terbuka menerima pembaharuan dalam hal duniawi dan teknikaliti dalam ruang lingkup muamalat. Namun setiap status, gambar, profil dan apa juga perincian yang dimasukkan menentukan halal dan haramnya penggunaan ‘Facebook’ sekalipun, penulis berpandangan penggunaan ‘Facebook’ adalah HARUS.

Setebal 170 halaman, buku ini dihasilkan dengan harapan agar ia dapat mengisi kekosongan pengisian dan panduan keagamaan berkaitan ‘Facebook’.

Memiliki buku ini sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan terutama dalam menggunakan ‘Facebook’ dengan cara yang betul dan diredai Allah. Ia amat sesuai sebagai rujukan terutama kepada ibu bapa dalam membimbing anak-anak mengenai tatacara penggunaan ‘Facebook’ agar tidak bercanggah daripada ajaran agama.

INFO: Ledakan Facebook Antara Pahala & Dosa
Penulis: Zaharuddin Abd Rahman
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
Pengulas: Ratinawati Rasidi
Harga: RM18

Hai Si Kacak dan Si Cantik semua..Suka artikel dan blog ini? Klik sini sekali:


Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...