Edisi Terkini! Isteri Safee Sali, Sabrina Yusof Tidak Taat? - Safee Sali Mahu Selesai Kes Luar Mahkamah!

Oleh Kaki Wayang on


Aik takde angina takde rebut tetiba je rumahtangga Pemain Bolasepak Kebangsaan, Safee Sali bergolak. Pemain bola sepak terkenal negara, Safee Sali membuat keputusan mahu menyelesaikan tuntutan perintah kembali taat ke atas isterinya, Sabrina Yusof, di luar mahkamah. Peguam syarie, Norasyada Othman yang mewakili Safee memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Attras Mohd Zain pada prosiding sebutan kes hari ini.

Attras kemudian membenarkan permohonan Safee untuk menyelesaikan tuntutanya itu di luar mahkamah.


Peguam syarie Junaidah Bakar mewakili isteri Safee tidak membuat sebarang bantahan terhadap permohonan tersebut. Safee atau nama sebenarnya Mohd Safee Mohd Sali, 28 memfailkan permohonan terhadap isterinya agar kembali taat pada November lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Nur Syaza Syaqina, 3, dan Nursyasya Safirna, 1.

P/s: Janganlah sampai bercerai berai yer..kang anak pula yang jadi mangsa.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
5 Comments

{ 5 Komen Membina!... read them below or add one }

Unknown said...

lorrr aper criter la lagi.gaji suami punyalah banyak ape prob lg yer.ade sape tau?..jgn sampai cerai berai udah

Kaki Wayang said...

Betol tu...jangan sampai cerai berai sudah..kang anak pula jadi mangsa...

Rosniena said...

lar..asal glamour je mesti ada problem

Kaki Wayang said...

a'ah kan..asal glamer je terus bermasalah..pelik aku..

firstreload said...

***promosi HOT!!***
jana pendapatan lumayan secara full time atau part time.
Sesuai untuk sesiapa sahaja,pelajar,suri rumah atau peruncit.
Harga pendaftaran serendah PERCUMA.
Anda tidak perlu keluar modal satu sen pun.
Promosi sah selama sebulan sahaja.
CEPAT,SEBELUM PROMOSI TAMAT.

http://firstreload.blogspot.com/

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...