Edisi Sentap! Mereka Sedang Bermesra Dengan Kedua-duanya Telanjang Bulat Di atas Katil!

Oleh Kaki Wayang on


Tajuk kali ni memang sentap yer..bukan untuk meraih trafik atau apa jua anugerah..namun begitulah hakikatnya..hanya dengan perlakuan seperti tajuk di atas sahaja yang mampu mendakwa pasangan songsang ini..kalau tak de bukti memang payah untuk mendakwa mereka (golongan cinta songsang). Mari kita baca sedikit penjelasan dari Prof Madya Datin Dr Noor Aziah Mohd Awal mengenainya.



Kesukaran membuktikan wanita menjalin hubungan cinta songsang dengan kaum sejenisnya sebagai satu kesalahan yang boleh didakwa di mahkamah sivil dan syariah, dipercayai antara punca masalah sosial terbabit kekal berleluasa.

Pensyarah Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datin Dr Noor Aziah Mohd Awal, berkata beliau tidak menafikan hukuman sukar dijatuhkan kerana pendakwaan sukar membuktikan kesalahan si pelaku meskipun terdapat laporan serta penguatkuasaan daripada pihak berkuasa.

“Selalu pasangan lesbian, tidak kira sama ada dia bercinta dengan pengkid atau sesiapa yang lahir sebagai perempuan, kita ada kesukaran untuk buktikan kesalahan itu kerana bukti perlu kukuh dan sahih.

“Jika ketika penguat kuasa menangkap pasangan ini, mereka sedang bermesra dengan kedua-duanya telanjang bulat di atas katil, itu boleh menjadi bahan bukti kuat dan dibantu pula alat sokongan seks...memang hukuman jelas untuk kesalahan ini,” katanya ketika dihubungi.

Beliau mengulas laporan muka depan Metro Ahad semalam mengenai seorang wanita berusia 46 tahun yang bergelar nenek kepada empat cucu dikatakan bernafsu untuk menjalin hubungan songsang dan belaian manja dengan wanita berperwatakan lelaki atau pengkid berusia 32 tahun dipanggil Ash.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...