Sejauh mana kemajuan dan bernilainya BLOG anda?
Macam mana nak tahu yang blog kita ni sesuai untuk mendapat bayaran pihak
pengiklan? Selama korang berblog tahukah anda bahawa blog anda mencapai
kemajuan atau tak? Atau tak nak amik tahu langsung mengenainya? Perkara
mengenai BOUNCE RATE merupakan perkara yang amat penting buat BLOGGER..kalau
tak tahu memang tak payah jadi blogger lah..(Amboih melampaunya)..
Satu-satunya cara untuk ketahui semua itu adalah
dengan menggunakan Google analytics. Google Analytics bertindak sebagai pencetak
statistic paling tepat buat website ataupun blog. Bagaimana agaknya Google
Analytics ini bekerja? Macam ni, GA merupakan salah satu perkhidmatan atau
tools yang disediakan oleh Google yang dapat membantu kita untuk mengkaji
statistik kemajuan laman web atau blog.
Dalam perkhidmatan tersebut mungkin anda pernah
melihat satu pantauan iaitu bounce rate, tetapi mungkin ada yang tidak pernah
mengetahui apa yang dimaksudkan dengan BR. Ianya merupakan peratusan pantauan
pengunjung yang mengunjungi sesuatu laman atau blog dan meninggalkan laman atau
blog tersebut tidak kurang dari 5 saat tanpa melayari laman-laman lain melalui
sebarang pautan. Bahasa paling mudah adalah, pengunjung datang ke blog kita dan
membaca satu topic sebagai contoh topic “JADUAL GAJI BARU SSM 2012 MENGIKUT GRED”
atau Tajuk MENTOR 6 2012 MERUPAKAN MENTOR TERBURUK DALAM SEJARAH!!
kemudian pengunjung tersebut terus ke blog lain tanpa membaca
apa-apa lagi artikel lain dalam blog kita.
Bagaimana untuk kita elakkan supaya pembaca dan
pengunjung “stay” kat blog kita apabila membaca satu-satu artikel dan tidak
pergi ke blog lain akan kita pelajari kemudian.
Tak faham juga? Haaaa ni satu lagi penjelasan..Sekiranya
nilai peratusan tinggi, maka pengunjung tidak meluangkan masa yang lama dalam
laman atau blog tersebut sebaliknya terus meninggal atau beralih ke laman atau
blog yang lain. Menurut sumber Google, satu laman atau blog yang mempunyai
peratusan bounce rate bawah dari 50% adalah baik dan agak sukar untuk mencapai
kurang dari 40%.
Dan inilah yang menyebabkan Pihak Nuffnang tak bayar kita..