Edisi Sentap! Tujuh Bulan Penjara, 160 Sebatan Kerana Pegang Tangan Wanita - Amekkaw!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang tukang jahit India di Arab Saudi yang disifatkan terlalu berani kerana menyentuh tangan seorang pelanggan wanita Arab yang disukainya berhadapan dengan hukuman penjara tujuh bulan dan 160 sebatan.

Wanita itu dikatakan bertanyakan mengenai pakaian miliknya yang dijahit di kedai jahit berhampiran pelabuhan barat Laut Merah, Jeddah apabila lelaki terbabit menghampirinya.

Mangsa memberitahu polis bahawa lelaki berkenaan menyentuh tangannya dan mengundang beliau ke rumahnya, sambil menambah bahawa dia turut menawarkan sejumlah wang dan berkata mahu mengahwininya. Pekerja yang tidak dinamakan itu pada mulanya menafikan dakwaan wanita itu dengan mengatakan bahawa laporan itu dibuat kerana marahkan tindakannya menangguhkan tempoh untuk menyiapkan pakaiannya.

Beliau memberitahu penyiasat bahawa beliau sering kali menyifatkan wanita itu sebagai adiknya dan mangsa menerima perasaan itu. Beliau bagaimanapun mengakui menyentuh tangan wanita itu dan menyatakan kesilapannya serta memohon maaf.

“Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan dan 160 sebatan sepanjang empat sesi termasuk 40 sebatan setiap minggu. Dia juga perlu membuat satu pengakuan bertulis mengakui kesilapan dan berikrar untuk mematuhi cara yang betul dan menjauhi daripada melakukan sebarang kelakuan buruk,” lapor akhbar berbahasa Arab, Okaz.

Akhbar itu menyatakan bahawa mahkamah turut meringankan hukuman dan memutuskan untuk tidak menghantar pulang ke negara asal bagi membersihkan rekod polis.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
2 Comments

{ 2 Komen Membina!... read them below or add one }

azu said...

amekkaw..haha..tulah pegang2 lagi tangan owh pompuan..org arab pulak tu..ingat bole say sory ja ka?emm jadikan pengajaran..;)

Kaki Wayang said...

Hehehehehe..kemaruk sangat la tu..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...