Edisi Sengal! Penari Tiang Tiga di Nilai Adalah Gadis Melayu!

Oleh Kaki Wayang on


Jika sebelum ini penari tiang warga asing yang dijadikan pelaris pusat-pusat hiburan, lain pula halnya sebuah pusat hiburan di sini yang mengupah tiga gadis Melayu menjadi penari tiang di pusat hiburan itu.

Keseronokan pelanggan menyaksikan aksi ghairah daripada tiga penari tiang seksi itu terbongkar apabila premis itu diserbu polis pada pukul 2 pagi kelmarin.

Ketika serbuan, tiga gadis penari tiang itu sedang ghairah beraksi dengan lincah memukau 93 pengunjung termasuk 17 pengunjung wanita.

Sebahagian besar pengunjung pusat hiburan yang beroperasi seawal pukul 6 petang dan berakhir pukul 4 pagi itu semasa diperiksa berada dalam keadaan mabuk atau khayal.


Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...