Edisi Terkini! Suspek Pembunuhan Dirang Terjawab: Suspek Kes Bunuh Dirang Didakwa Esok!

Oleh Kaki Wayang on


Tiga individu yang disyaki terlibat dalam kes Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau dikenali dengan panggilan Dirang, yang dibunuh dan dibakar awal bulan ini, akan didakwa di mahkamah, esok. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, salah seorang individu itu akan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Semua mereka akan didakwa esok dan seorang (lagi) akan didakwa kerana (kesalahan) penyalahgunaan dadah manakala nasib seorang (suspek) wanita hanya akan diketahui esok," kata beliau selepas Majlis Peringatan Hari Polis ke-205 di Setia Indah di sini, hari ini.

Jumaat lalu, perintah tahanan reman terhadap tiga suspek berkenaan dilanjutkan seminggu lagi. Pendaftar Mahkamah Rendah, Hidayah Manaf melanjutkan tempoh tahanan reman bagi membolehkan polis meneruskan siasatan lanjut, selain mengumpul bukti berhubung kes terbabit. Ketiga-tiga suspek berusia 30-an serta 40-an.

Dirang dilaporkan hilang ketika keluar untuk membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam pada 1 Mac lalu. Dia disahkan meninggal dunia akibat dibunuh dan dibakar, 12 Mac lalu.

Polis sebelum ini menahan empat orang termasuk bapa kandung Dirang bagi membantu siasatan. Bagaimanapun siasatan polis mendapati bapa Dirang tidak terlibat dengan pembunuhan anaknya itu. Ketiga-tiga mereka juga didapati positif dadah selain dua daripada mereka turut mempunyai rekod jenayah atas kesalahan dadah dan curi.

Mengulas mengenai ugutan bunuh yang diterima ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, melalui sistem pesanan ringkas (SMS), Mohd Mokhtar berkata, dua individu iaitu seorang lelaki dan teman wanitanya telah disoal siasat bagi membantu siasatan.

“Polis telah menyiasat dan mendapati telefon tersebut telah digunakan oleh anak lelaki tersebut bersama rakan sebayanya berusia 11 tahun bagi menghantar SMS itu. “Kertas siasatan telah dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya bagaimanapun tiada tindakan undang-undang dikenakan kerana mengikut peruntukkan undang-undang, bagi kanak-kanak berusia 10  tahun ke atas sehingga bawah 12 tahun, tidak mampu menimbang keadaan dan akibat, jadi tiada kesalahan,” katanya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...