Edisi Tips Blog! Kenapa Pengiklan Seperti Nuffnang Tak Bayar Blog Kita!

Oleh Kaki Wayang on


Kadang-kadang kita begitu teruja untuk mendapatkan pendapatan secara online tanpa mengikut terma dan syarat serta beberapa perkara yang perlu dipatuhi oleh setiap blogger. Ini menyebabkan Nuffnang atauAdvertlets tidak membayar sepertimana yang kita mahukan. Kenapa? Saya tunjuk sedikit tips biasa dahulu ok.

Trafik

Trafik bermaksud duit. Setiap trafik yang masuk ke blog kita adalah bayaran yang akan diberikan oleh pihak Nuffnang atau Advertlets kepada kita. Pendek kata, dalam bahasa mudahnya takde trafik (pembaca/ pengunjung) bermakna tidak aka nada bayaran. Tidak akan ada BufferedEarning, Metered Earning atau apa jua jenis bayaran.

Unique Views

Ramai diantara blogger-blogger sekarang lebih mementingkan Pageviews berbanding Unique Views. Tapi mereka sebenarnya tidak tahu pihak pengiklan hanyalah memandang kepada UV sahaja dan bukannya PV. PV yang banyak tidak bermakna Nuffnang atau Advertlets akan membayar anda. Mereka mungkin akan bayar tetapi hanya sedikit sahaja. Ramai diantara kita begitu teruja apabila melihat ramai pembaca datang ke blog kita tanpa mengetahui tujuan sebenar kedatangan pengunjung itu dan ini akan menyebabkan BOUNCE RATE blog kita akan tinggi. Bila BOUNCE RATE tinggi ianya sebenarnya perkara yang perlu seseorang blogger itu elakkan. Nanti kita akan bincang mengenai BOUNCERATE.

Tak Update Profile Pada Akaun Nuffnang

Haaa ni perkara paling asas sekali, kalau korang rasa korang nak jana pendapatan. Ruangan ini memang wajib diupdate selaulu. Paling tidak sekali seminggu. Kadang-kadang ramai diantara kita yang malas nak update “bendealah” ni.. Mana tak nya..Ape ke jadahnya asek-asek nak update..kan? Tapi itulah hakikatnya, para pengiklan setiap masa akan meneliti setiap profile blogger. So, mana yang sesuai dengan kriteria yang mereka perlukan, Nuffnang pasti akan bayar.


“BOUNCE RATE”

Macam mana nak tahu pihak pengiklan nak bagi BE pada blog yang mana? Banyak caranya, antaranya adalah melalui PV, UV (Paling utama), Update Profile dan yang paling penting BOUNCE RATE..apa itu BOUNCE RATE?

Bahasa paling mudah adalah Ianya merupakan peratusan pantauan pengunjung yang mengunjungi sesuatu laman atau blog dan meninggalkan laman atau blog tersebut tidak kurang dari 5 saat tanpa melayari laman-laman lain melalui sebarang pautan.

Maknanya, blog mana yang mempunyai BOUNCE RATE (Apa Itu BOUNCE RATE? Bagaimana Mahu Kurangkannya) kurang daripada 40% adalah blog yang sangat bernilai dan sangat senang untuk diberi perhatian oleh Pihak Pengiklan. So, peluang untuk mendapatkan BE sangat mudah dan lebih cerah.

Kita akan pelajari bagaimana untuk mengurangkan Bounce Rate..dan memberi kefahaman mengenai BOUNCE RATE dan apakah lagi kepentingannya..

BERSAMBUNG!!!

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
2 Comments

{ 2 Komen Membina!... read them below or add one }

Saleha said...

hai singgah sini.. banyaklah info tentang blog. t.kasih. sebagai blogger baru, is sangat berguna pada saya. saya dah lama tak dapat update earning dari nuffnang.. taktau aapa masalah.. dah hantar tiket pada nuffnang tapi langsung takda respon.. huhu

Kaki Wayang said...

macam mana nak update profile pda akaun nuffnang??

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...