Edisi Terkini! Pembunuh Dirang Dijatuhkan Dihukum Mati - Susulan Kisah Pembunuhan Dirang!

Oleh Kaki Wayang on


Seorang daripada tiga suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang, akan didakwa atas kesalahan membunuh di mahkamah di sini esok.

Suspek terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, dua lagi suspek yang ditahan iaitu seorang lelaki akan didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala dakwaan terhadap seorang suspek wanita hanya diketahui esok.

"Polis telah dimaklumkan oleh pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP) bahawa suspek kes bunuh dan bakar Dirang akan didakwa esok.

"Untuk itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang terlibat dalam siasatan kes pembunuhan kejam ini sehingga pelaku jenayah itu diberkas dan akan didakwa," katanya

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...