Edisi Pelik! Rancisco Domingo Joaquim Miliki Mulut Paling Lebar Dan Terbesar Di Dunia!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang lelaki pelik yang dikenali sebagai Rancisco Domingo Joaquim atau lebih dikenali dengan nama manja ‘Chiquinho’ dari Angola ini mempunyai satu kelebihan luar biasa iaitu mampu melebarkan mulutnya sehingga memecahkan rekod dunia. Seperti yang kita tahu, manusia yang normal hanya mampu melebarkan mulut dalam keadaan terngaga mengikut saiz individu-individu tertentu.


Kelebihan lelaki pelik ini telah menjadikan namanya seperti yang tercatat dalam buku rekod Guiness, mulut paling lebar dengan ukuran 17cm (6.69 inci). Kelebaran itu boleh dilihat apabila Chiquinho menarik kedua-dua belah bahagian mulutnya ke sebelah kanan dan bahagian sebelahnya, ke sebelah kiri.


Kelebihan itu merupakan satu sifat luar biasa yang menyebabkan Chiquinho menjadi popular dan sering disebut-sebut sebagai mulut yang besar. Tetapi gelaran itu tidak pernah mendatangkan perasaan kecewa atau lemah semangat kepada lelaki pelik tersebut. Al maklumla, kalau kena ejek, ramai orang akan tertekan.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...