Edisi Terkini! Mati Terjatuh Dalam Lubang Najis!

Oleh Kaki Wayang on


Seorang kanak-kanak lelaki yang sedang bermain basikal bersendirian ditemui mati lemas selepas dia terjatuh ke dalam sebuah lubang najis di belakang blok kuarters Pejabat Kesihatan Jabi dekat sini kelmarin.

Kejadian pukul 5.50 petang itu mengakibatkan Nur Ammar Adlyn Mohd. Husni, 3, maut di tempat dia terjatuh.

Difahamkan, di kawasan itu terdapat lima lubang najis dan salah satunya tidak ditutup dengan sempurna. Kawasan itu baru sahaja disiapkan oleh kontraktor yang dilantik kira-kira dua bulan lalu.

Penutup lubang najis tersebut yang diperbuat daripada logam dikatakan tidak mengikut saiz yang sepatutnya menyebabkannya tidak selari dengan lubang. Penutup itu sepatutnya berukuran 1 1/2 x 2 kaki.

Ibu mangsa, Zurani Zakaria, 35, memberitahu, sebelum kejadian mangsa bermain basikal dengan abangnya di hadapan blok kuarters yang berdekatan dengan kediaman mereka sebelum mangsa pergi ke kawasan belakang blok bersendirian.

Menurut jururawat itu, ketika itu dia sedang bertugas di klinik di kawasan itu manakala suaminya, Husni Mat Husin, 35, sedang bersembang dengan pengawal keselamatan.

"Tidak lama kemudian kami dikejutkan dengan jeritan seorang jiran yang memberitahu anak bongsu daripada tiga beradik tersebut terjatuh ke dalam lubang najis sedalam lebih kurang satu meter setengah.

"Suami saya bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui basikal dan sepasang selipar anak saya berada di tepi lubang najis tersebut," ceritanya ketika ditemui di rumah bapanya di Kampung Limbungan dekat sini, semalam.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...