Edisi Informasi! Permohonan Online Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2012!

Oleh Kaki Wayang on


Kementerian Pelajaran Malaysia kini membuka permohonan untuk lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran dalam Program ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP (Ambilan Jun 2012)

Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (Online) dengan melayari laman web kementerian pelajaran Malaysia www.moe.gov.my (Permohonan online hanya akan dibuka pada 22 Mac 2012)

Pemohon perlu membeli NOMBOR PIN di Bank Simpanan Nasional seluruh negara pada 22 Mac 2012 dengan bayaran sebanyak RM 6.00 sahaja

Pemohon dinasihatkan untuk melayari laman sesawang (www.moe.gov.my) bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

Untuk makluman keputusan peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) akan diumum pada 21 Mac 2012.

Semakan keputusan SPM 2011 boleh disemak melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...