Edisi Hangat! Kakitangan Awam Akan Menerima Gred Jawatan Baru - CEUPACS!

Oleh Kaki Wayang on


Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu Suruhanjaya Khas yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia supaya turut menyemak semula gred perkhidmatan awam di semua peringkat.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman hari ini berkata semakan itu perlu bagi memastikan penjawat awam yang berjumlah 1.4 juta di negara ini akan mendapat manfaat sewajarnya daripada perkhidmatan yang mereka sumbangkan.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya pada 8 Mac lepas dan semasa acara itu Najib turut mengumumkan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan pelaksanaan semula Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Sambil menyambut baik penubuhan suruhanjaya khas berkenaan, Omar berkata pihaknya telah mengemukakan kertas kerja kepada kerajaan menerusi jawatankuasa bertindak yang diwujudkan Cuepacs sebelum ini untuk dibawa serta dibincangkan di peringkat suruhanjaya khas berkenaan.

Omar berkata demikian kepada para pemberita selepas menghadiri program Rapat 1Malaysia bersama Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi Mara (KKUUiTM) di sini.
   
Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan agar seluruh penjawat awam di negara ini supaya tidak bersikap selesa dengan corak kerja yang diamalkan sebelum ini.

Sebaliknya, katanya semua penjawat awam perlu melakukan transformasi daripada segi sikap serta cara mereka bekerja supaya terus relevan dengan perkembangan serta cabaran semasa.

Ini kerana penjawat awam merupakan satu elemen penting dalam negara ini yang menjadi tulang belakang dan tiang seri kepada kerajaan, katanya.

"Sekarang ini, sektor awam sentiasa diberikan perhatian oleh kerajaan dari segi penambahbaikan gaji, perkhidmatan yang kesemuanya telah ditepati perdana menteri.

"Justeru, jika penjawat awam masih mempunyai daya pemikiran lama dan tidak melakukan transformasi, mereka akan ketinggalan," kata Omar

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
5 Comments

{ 5 Komen Membina!... read them below or add one }

~AiMi SyAhiRAh~ said...

Cuepacs ni memang bestlah! huhu.. Ada je idea baru untuk penjawat awam macam saya ni. huhu..

Kaki Wayang said...

Alhamdulillah..bagus kan..

vamp said...

Perkhidmatan kenalah bagus juga...wakakaka.
Break ikut time..kerja berkualiti..

vamp said...

Perkhidmatan kenalah bagus juga...wakakaka.
Break ikut time..kerja berkualiti..

Kaki Wayang said...

kakitangan awam yg bertugas seperti di " Hot Kaunter" seperti hospital dan jabatan2 yg besar ni je slalu ngelat waktu bekerja...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...