PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Struktur Gaji Baru SSM 2012. Show all posts
Showing posts with label Struktur Gaji Baru SSM 2012. Show all posts

Edisi Terkini! Bayaran Insentif Wilayah - Pindaan Elaun dan Kemudahan Bagi Perkhidmatan Awam dan Persekutuan!!

Oleh Kaki Wayang on

Klik imej untuk paparan lebih besar

TERBARU:

Kenaikan gaji pegawai Perkhidmatan Awam tidak melibatkan perubahan ke atas dasar elaun dan kemudahan yang sedang berkuatkuasa kecuali pindaan kepada perkara berikut:

Bayaran Insentif Wilayah


Bayaran Insentif Wilayah dilaksanakan mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 1987 Lingkungan gaji bagi menetapkan kadar Bayaran Insentif Wilayah berdasarkan Pekeliling Bilangan 4 Tahun 2002 dipinda seperti berikut:
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Bayaran Insentif Wilayah - Pindaan Elaun dan Kemudahan Bagi Perkhidmatan Awam dan Persekutuan!!

Edisi Hangat! Semakan Panggilan Temuduga Program Pembangunan Kepimpinan Kumpulan Pengurusan Gred 48 - 54!

Oleh Kaki Wayang on

Bagi penjawat awam yang memohon untuk Panggilan Temuduga Program Pembangunan Kepimpinan Kumpulan Pengurusan Pertengahan Gred 48-54 anda kini sudah boleh menyemak keputusan panggilan temuduga DI SINI!


KLIK PADA GAMBAR UNTUK KE PAUTAN SEMAKAN PANGILAN!!!
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Semakan Panggilan Temuduga Program Pembangunan Kepimpinan Kumpulan Pengurusan Gred 48 - 54!

Edisi Maklumat! Jadual Pengiraan Gaji S17 - S41 Mengikut Sistem Gaji SSM Baru 2012

Oleh Kaki Wayang on


Jadual Pengiraan Gaji S17 - S41. Alhamdulillah tak lama lagi gaji baru sebenar akan keluar iaitu pada Bulan April 2012 ini. Segala teka-teki akan terjawab. Walaupun pada ketika ini, kita sudah maklum bahawa kenaikan gaji diselaraskan kepada hampir semua jawatan iaitu sebanyak 13%, Namun ada diantara kita begitu tidak sabar untuk mengetahui berapakah gaji yang bakal kita perolehi pada April ini.

Berikut merupakan jadual pengiraan gaji yang dibuat berdasarkan kenaikan 13% bagi jawatan S17, S27 dan S41. Untuk pengetahuan semua jadual gaji ini tidak termasuk jumlah Kenaikan Gaji Tahunan (KGT)..maknanya gaji yang terdapat pada Gaji Basic SSM Baru adalah gaji pokok sebenar yang baru akan korang perolehi dari Januari-April (tunggakan akan dibayar sekali).

Antara artikel berkaitan:-

Edisi Maklumat! Jadual Pengiraan Gaji Baru Sistem Saraan Malaysia (SSM) 2012 Mengikut Gred
Edisi Maklumat! Jadual Gaji Gred N41 - N54 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012)
Edisi Maklumat! Jadual Gaji Gred FT17 - FT26 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012)
Edisi Maklumat! Jadual Gaji Gred J17 - J38 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012)
Edisi Maklumat! Jadual Gaji Gred DH41 - DH54 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012)Edisi Maklumat! Jadual Gaji Gred DGA29 - DGA38 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012)
Edisi Maklumat! Jadual Gaji Gred DG41 - DG54 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012)Edisi Maklumat! Jadual Pengiraan Gaji S17 - S41 Mengikut Sistem Gaji SSM Baru 2012
Sila baca selanjutnyaEdisi Maklumat! Jadual Pengiraan Gaji S17 - S41 Mengikut Sistem Gaji SSM Baru 2012

Edisi Hangat! Kakitangan Awam Akan Menerima Gred Jawatan Baru - CEUPACS!

Oleh Kaki Wayang on


Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu Suruhanjaya Khas yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia supaya turut menyemak semula gred perkhidmatan awam di semua peringkat.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman hari ini berkata semakan itu perlu bagi memastikan penjawat awam yang berjumlah 1.4 juta di negara ini akan mendapat manfaat sewajarnya daripada perkhidmatan yang mereka sumbangkan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Kakitangan Awam Akan Menerima Gred Jawatan Baru - CEUPACS!

Edisi Hangat! Jadual Pengiraan Gaji DG41 dan Jumlah Tunggakan Serta Gaji Yang Bakal Diterima Bulan April 2012!

Oleh Kaki Wayang on


Berikut merupakan anggaran gaji yang bakal diterima oleh penjawat awam bagi yang menjawat berada di Gred DG41. Gaji di atas adalah berdasarkan kiraan sebelum dan selepas kenaikan gaji 13% yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Jadual Pengiraan Gaji DG41 dan Jumlah Tunggakan Serta Gaji Yang Bakal Diterima Bulan April 2012!

Edisi Terkini! Jadual Gaji DG41 T1 - T12, Kenaikan 13%, Jumlah Gaji DG41 Baru SSM 2012!

Oleh Kaki Wayang on


Semakin lama semakin hampir untuk kita mengetahui berapakah gaji Kakitangan Awam yang sebenarnya selepas pengumuman Perdana Menteri tempohari. Berikut merupakan anggaran dan kiraan yang dibuat berdasarkan gaji SSM lama dan jumlah kenaikan sebanyak 13%. Melalui kiraan ini, juga ditetapkan gaji baru SSM yang mana gaji baru ini bermula pada Januari 2012. 

So, penjawat awam sudah tentu bolehlah berkira-kira berapa banyak tunggakan yang mereka akan terima pada bulan April nanti. Untuk pengetahuan semua, kadar kenaikan 13% itu adalah berbeza mengikut perkiraan Tangga Gaji masing-masing. So, pada ruangan kenaikan 13% itu, kakitangan awam bolehlah kira tunggakan yang bakal diterima yer..Alhamdulillah rezeki tahun 2012.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Jadual Gaji DG41 T1 - T12, Kenaikan 13%, Jumlah Gaji DG41 Baru SSM 2012!

Edisi Hangat! Gaji Minimum Mei Ini - Serius Hangat!

Oleh Kaki Wayang on


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengumumkan kadar gaji minimum, yang dinanti-nantikan sejak tahun lalu, pada majlis sambutan Hari Pekerja Mei ini.

"Nantilah, saya umum... tengok Hari Pekerja," kata beliau hari ini.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan, takrif berbeza diberikan oleh pihak majikan dan pekerja mengenai apa yang dimaksudkan dengan gaji minimum. Pihak majikan mentakrifkannya gaji bulanan yang termasuk gaji pokok, elaun sara hidup (COLA) dan bayaran kerja lebih masa.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gaji Minimum Mei Ini - Serius Hangat!

Edisi Hangat! Kaedah Pemberian Hadiah Kenaikan Gaji Bagi PPPS Gred 41 Yang Dilantik Dari PPPLD!

Oleh Kaki Wayang on

 

Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan kerajaan memberi Hadiah Kenaikan Gaji (HKG) kepada Pegawai Perkhidmatan Siswazah (PPPS) Gred DG41 yang dilantik dalam kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA29, DGA32, DGA34 dan DGA38.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Kaedah Pemberian Hadiah Kenaikan Gaji Bagi PPPS Gred 41 Yang Dilantik Dari PPPLD!

Jadual Gaji DG41 Mengikut SSM 2012 Selepas Kenaikan 13 % dan Kenaikan Gaji Tahunan!

Oleh Kaki Wayang on

Thanks to: Yazid Yahya

Berikut merupakan Jadual Gaji DG41 mengikut SSM 2012 sebelum dan selepas kenaikan  13 peratus dan Kenaikan Gaji Tahunan. Gaji pada T1(Merah) adalah gaji permulaan yang juga merupakan kadar gaji SSM yang lama. Kadar ini kemudiannya berubah selepas kenaikan 13 peratus. So, maknanya gaji baru pada Januari 2012 adalah RM1916.31..LIHAT JADUAL PENGIRAAN GAJI MENGIKUT GRED DI SINI!

Setiap tahun gaji akan berubah mengikut Kenaikan Gaji Tahunan. Gred DG41 akan mendapat Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak RM225.00 dan ini menyebabkan gaji bagi gred ini pada 2012 akan berubah pada kadar RM2141.31. Perubahan ini adalah berdasarkan tarikh kenaikan gaji masing-masing..LIHAT KAEDAH PENETAPAN KADAR GAJI PERMULAAN DAN KENAIKAN PANGKAT!
Sila baca selanjutnyaJadual Gaji DG41 Mengikut SSM 2012 Selepas Kenaikan 13 % dan Kenaikan Gaji Tahunan!

Edisi Terkini! Kaedah Penetapan Gaji Permulaan J41, U44, N17, N22, M44, S41, DG41!

Oleh Kaki Wayang on


Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan kaedah penetapan gaji permulaan kenaikan pangkat dan pelarasan gaji kenaikan pangkat pegawai dalam perkhidmatan awam. Peraturan semasa mengenai kaedah menetapkan gaji permulaan kenaikan pangkat dan pelarasan gaji kenaikan pangkat dinyatakan dalam Peraturan 42, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam dan beberapa sumber pekeliling yang lain. LIHAT TANGGA GAJI DG41 DI SINI!!

LIHAT JADUAL PENGIRAAN GAJI MENGIKUT GRED DI SINI!


Pendek kata ”Gaji yang diterima oleh seseorang pegawai awam yang dinaikkan pangkat hendaklah lebih tinggi daripada gaji akhir yang diterima dalam gred terdahulu”.


Muat TURUN Pekeliling DI SINI: Kaedah Penetapan Gaji Permulaan Dan Pelarasan Gaji Kenaikan Pangkat - Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 2007!
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Kaedah Penetapan Gaji Permulaan J41, U44, N17, N22, M44, S41, DG41!

Jadual Pengiraan Gaji Baru Sistem Saraan Malaysia (SSM) 2012 Mengikut Gred

Oleh Kaki Wayang on


Semakin banyak nampaknya jadual yang digembar-gemburkan melalui Internet sekarang ini. Berikut merupakan Jadual Pengiraan Gaji Terkini yang mungkin boleh dijadikan panduan mengenai Gaji Sebenar yang akan diperolehi samaada pada Mac ini atau April depan..

Pengiraannya macam ini..bagi yang tak faham.. Jika sekiranya jawatan anda adalah C17 (Pembantu Makmal) jadual pengiraan gaji dan kenaikan dari yang lama kepada system SSM yang baru adalah seperti di atas..Kamu tidak perlu tukar apa jua amaun atau nombor pun dalam jadual di atas. Namun begitu jika sekiranya jawatan anda adalah DG41(Lebih 14,000 Guru Terima Tawaran Bayaran Insentif Baru!) mahupun DH41, DH52 dan segala macam DH lagilah..Untuk info mengenainya sila ke SINI: Jadual Gaji DG41 Mengikut Jadual Gaji Minimum - Maksimum!..Pengiraannya adalah berlainan sedikit..Lagi Info: Mengenai Pelarasan Gaji, Skim Tangga Gaji dan Kenaikan Pangkat Secara Time Based Untuk Guru!

So apa yang diperlukan adalah kamu hendaklah menukar amaun/ jumlah yang ada dalam kotak kuning tu..Untuk pengetahuan semua, pada petak kuning intu adalah kenaikan gaji setiap tahun..kan setiap tahun ada kenaikan..kalau macam saya, kenaikan adalah pada bulan Julai..Pada ruangan Merah itu pula adalah gaji "basic" sekarang (mengikut SSM lama)..Kotak merah pun kena tukar sekali. Kat situ kamu perlu meletakkan gaji basic gaji anda yang lama (SSM lama). Sebagai contoh di atas RM824.91 itu adalah gaji C17 (SSM lama, dan bukannya gaji SSM Baru). Pada ruangan warna OREN pula adalah kenaikan sebanyak 13%. 

Sila baca selanjutnyaJadual Pengiraan Gaji Baru Sistem Saraan Malaysia (SSM) 2012 Mengikut Gred

Edisi Paling Hangat! 14,000 Guru Terima Bayaran Insentif Tawaran Baru!

Oleh Kaki Wayang on



MUHYIDDIN Yassin diapit Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Rosli Mohamed (kanan beliau) dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud (kiri beliau) ceria menunjukkan isyarat 1Malaysia bersama 403 guru besar yang menerima anugerah BITB dan TBGB 2011 di Kuala Lumpur, semalam.

Kira-kira 14,000 warga pendidik daripada 403 buah sekolah rendah pelbagai aliran di seluruh negara menerima Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB) 2011 bernilai hampir RM15 juta, hasil kecemerlangan prestasi sekolah masing-masing sepanjang tahun lalu.
Sila baca selanjutnyaEdisi Paling Hangat! 14,000 Guru Terima Bayaran Insentif Tawaran Baru!

Jadual Pengiraan Gaji Baru Sistem Saraan Malaysia(SSM) 2012 Mengikut Gred!

Oleh Kaki Wayang on


Pengiraannya macam ini..bagi yang tak faham..Jika sekiranya jawatan anda adalah C17 (Pembantu Makmal) jadual pengiraan gaji dan kenaikan dari yang lama kepada system SSM yang baru adalah seperti di atas..Kamu tidak perlu tukar apa jua amaun atau nombor pun dalam jadual di atas. Namun begitu jika sekiranya jawatan anda adalah DG41(Lebih 14,000 Guru Terima Tawaran Bayaran Insentif Baru!) mahupun DH41, DH52 dan segala macam DH lagilah..Untuk info mengenainya sila ke SINI: Jadual Gaji DG41 Mengikut Jadual Gaji Minimum - Maksimum!..Pengiraannya adalah berlainan sedikit..Lagi Info: Mengenai Pelarasan Gaji, Skim Tangga Gaji dan Kenaikan Pangkat Secara Time Based Untuk Guru!
Sila baca selanjutnyaJadual Pengiraan Gaji Baru Sistem Saraan Malaysia(SSM) 2012 Mengikut Gred!

Edisi Terkini! Jadual Gaji dan Struktur Gaji Terbaru Serta Contoh Sifir Pemindahan Gaji dan Senarai Elaun Yang Berkuatkuasa Serta Merta - Muat Turun Pekeliling!

Oleh Kaki Wayang on


Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pemansuhan Skim SBPA untuk penjawat awam yang telah diperkenalkan sebelum ini dan telah digantikan dengan penambahbaikan dalam Sistem sedia ada iaitu Sistem Saraan Malaysia (SSM) dalam satu sesi perjumpaan bersama Kakitangan Awam di Putrajaya.

Berikutan itu, terdapat beberapa penambahbaikan disamping pengumuman kenaikan gaji serta pelarasan gaji seperti berikut:-
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Jadual Gaji dan Struktur Gaji Terbaru Serta Contoh Sifir Pemindahan Gaji dan Senarai Elaun Yang Berkuatkuasa Serta Merta - Muat Turun Pekeliling!

Jadual Gaji Baru DG41 Mengikut Gaji Minimum - Maksimum!

Oleh Kaki Wayang on

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh semua..Salam hujung minggu..berita baik kepada semua penjawat awam sahabat terutamanya para guru di luar sana. Mungkin ramai yang tertanya- tanya berapa kenaikan gaji anda selepas Perdana Menteri mengumumkan SBPA dibatalkan dan kenaikan 13 peratus untuk kumpulan 1 sehingga 54 pada 8 MAC 2012 yang baru lalu.

Sedikit maklumat mengenai pelarasan gaji dan  kenaikan pangkat secara TIMED BASED:
Sila baca selanjutnyaJadual Gaji Baru DG41 Mengikut Gaji Minimum - Maksimum!

Edisi Hangat! Pelarasan Gaji, Skim Tangga Gaji dan Kenaikan Pangkat Secara Time Based Untuk Guru- Serius Hangat!

Oleh Kaki Wayang on


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kira-kira 480,000 guru di seluruh negara dijangka menerima khabar gembira berhubung penyelarasan skim tangga gaji dan kenaikan pangkat secara ‘time based’ dalam tempoh terdekat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Kementerian Pelajaran sedang menunggu butiran mengenai penyelarasan itu daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum diumumkan sepenuhnya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Pelarasan Gaji, Skim Tangga Gaji dan Kenaikan Pangkat Secara Time Based Untuk Guru- Serius Hangat!

Edisi Hangat! Gaji Guru Bakal Diselaraskan Secepat Mungkin - Serius Berita Hangat!

Oleh Kaki Wayang on



Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diminta melaksanakan pelarasan skim perkhidmatan perguruan secepat mungkin selaras dengan pembatalan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu perlu bagi membolehkan Kementerian Pelajaran mengetahui mengenai kedudukan terperinci pelarasan tersebut.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gaji Guru Bakal Diselaraskan Secepat Mungkin - Serius Berita Hangat!

Edisi Terkini! Sah Gaji Baru SSM Termasuk Gaji Tertunggak Dibayar Mac atau April 2012 - Serius Hangat!

Oleh Kaki Wayang on


KHAMIS lalu, Perdana Menteri mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sudah ditutup. Sebaliknya diumumkan pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Minimum-Maksimum Sistem Saraan Malaysia (SSM) berkuat kuasa Januari lalu. Berita itu amat menggembirakan 1.4 juta penjawat awam di semua peringkat perkhidmatan awam.

Sekarang penjawat awam baik daripada peringkat kumpulan Gred 1 hingga Gred 54, Kumpulan Gred Utama A, B, C, Gred Turus 3 dan 2 serta 1 mungkin terbayang jumlah yang bakal mereka terima pada hujung Mac ini atau April. Apatah lagi ditambah dengan bayaran gaji yang tertunggak sejak Januari lalu.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Sah Gaji Baru SSM Termasuk Gaji Tertunggak Dibayar Mac atau April 2012 - Serius Hangat!

Edisi Terkini! Lagi Mengenai Pelarasan Gaji, Elaun Cola, SSM dan PRU13 - Serius Hangat!

Oleh Kaki Wayang on


Pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus serta kenaikan Elaun Sara Hidup (COLA) untuk penjawat awam di seluruh negara, akan membabitkan peruntukan tambahan lebih RM6 bilion kepada kerajaan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, pihaknya akan membuat penelitian bagi menentukan jumlah sebenar peruntukan yang perlu dikeluarkan bagi semua kenaikan gaji dan COLA untuk kakitangan awam yang diumumkan kelmarin. 

Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Lagi Mengenai Pelarasan Gaji, Elaun Cola, SSM dan PRU13 - Serius Hangat!

Edisi Terkini! Najib harap mansuh SBPA 'gembirakan' semua!

Oleh Kaki Wayang on



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap langkah kerajaan memansuhkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang diumumkan hari ini, akan meredakan rasa tidak puas hati di kalangan 1.4 juta anggota sektor awam.

"Saya harap keputusan ini dapat meredakan ketidakpuasan hati penjawat awam pelbagai peringkat. Bagi isu-isu lain yang berkaitan perkhidmatan dan skim perkhidmatan, perkara ini akan dikaji oleh suruhanjaya yang diumumkan tadi," kata beliau di sini hari ini.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Najib harap mansuh SBPA 'gembirakan' semua!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...