Edisi Paling Hangat! 14,000 Guru Terima Bayaran Insentif Tawaran Baru!

Oleh Kaki Wayang on



MUHYIDDIN Yassin diapit Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Rosli Mohamed (kanan beliau) dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud (kiri beliau) ceria menunjukkan isyarat 1Malaysia bersama 403 guru besar yang menerima anugerah BITB dan TBGB 2011 di Kuala Lumpur, semalam.

Kira-kira 14,000 warga pendidik daripada 403 buah sekolah rendah pelbagai aliran di seluruh negara menerima Bayaran Insentif Tawaran Baru (BITB) 2011 bernilai hampir RM15 juta, hasil kecemerlangan prestasi sekolah masing-masing sepanjang tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia terdiri daripada 300 sekolah kebangsaan, 46 sekolah jenis kebangsaan Cina, 51 sekolah jenis kebangsaan Tamil, lima sekolah agama bantuan kerajaan dan sebuah sekolah Orang Asli.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...