Edisi Terkini! Sah JPA Keluarkan Pekeliling Penambahbaikan 252 Skim Perkhidmatan Awam!

Oleh Kaki Wayang on

Pekeliling 252 Skim Perkhidmatan

Pekeliling Penambahbaikan 252 Skim Perkhidmatan Awam

Pekeliling mengenai penambahbaikan 252 skim perkhidmatan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia akan diedarkan pada 14 April ini.


Gred 17 Naik Ke Gred 19, Pelbagai Gred Jawatan Ditambahbaik dan Jadual Gaji Minimum-Maksimum 2016!



Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata langkah rasionalisasi skim perkhidmatan itu adalah bersifat menyeluruh yang diharap akan disambut baik oleh seluruh warga perkhidmatan awam.

ARTIKEL BERKAITAN:

Penjawat Awam 30 Hari Berkhidmat Antara Penerima Bayaran Khas RM500.00 Hari Ini!
Perkiraan Gaji Baru Selepas Naik 1 Gred - Bajet 2016!
Ketahui Cara Kira Gaji Baru Anda Selepas Kenaikan 1 Gred Gaji!
Jadual dan Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Bagi Tahun 2016!
Senarai Kakitangan Awam Yang Layak Menerima Bonus (Bayaran Khas) 2015!
Tarikh Pembayaran BONUS (Bayaran Khas) Kakitangan Awam Mengikut Pekeliling!

"Pekeliling mengenai penambahbaikan skim ini akan didedahkan kepada orang ramai dan dimuat naik ke laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pada 14 April ini," katanya semasa menyampaikan syarahan Transformasi Perkhidmatan Awam di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.

Beliau berkata penambahbaikan skim itu merupakan usaha baik kerajaan dalam meningkatkan mutu sektor awam yang mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).


Katanya, selepas pekeliling itu diumumkan, sesi penerangan mengenai penambahbaikan skim berkenaan akan dilakukan oleh pihak JPA.

Beliau berkata, dalam Malaysia menuju ke arah status menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi, penjawat awam berhadapan dengan gelombang cabaran dan realiti baharu.

ARTIKEL BERKAITAN:

Penjawat Awam 30 Hari Berkhidmat Antara Penerima Bayaran Khas RM500.00 Hari Ini!

PM Naikkan Elaun Sara Hidup (COLA) RM500 Untuk Kakitangan Awam!

Jadual Pengiraan Gaji Baru Sistem Saraan Malaysia (SSM) 2012 Mengikut Gred 
Jadual Gaji Gred N41 - N54 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Gaji Gred FT17 - FT26 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Gaji Gred J17 - J38 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012)
Jadual Gaji Gred DH41 - DH54 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012)
Jadual Gaji Gred DGA29 - DGA38 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Gaji Gred DG41 - DG54 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Pengiraan Gaji S17 - S41 Mengikut Sistem Gaji SSM Baru 2012


Mohamad Zabidi berkata peranan perkhidmatan awam dan sumbangan penjawat awam merupakan satu daripada penentu kejayaan agenda besar negara.

"Walaupun tuntutan global dan persekitaran pada masa dahulu dan kini mungkin telah berbeza, namun begitu, akar tanggungjawab perkhidmatan awam tetap tidak berganjak iaitu sebagai pemelihara kepentingan rakyat," katanya.

Beliau berkata kerajaan kini bukan sekadar mentadbir untuk rakyat, tetapi juga mentadbir bersama-sama rakyat, membina rangkaian, memudah cara perkhidmatan dan memfokus kepada keberhasilan yang besar serta pantas.

"Era kerajaan mengetahui segalanya sudah berlalu, memasuki era yang meraikan pertembungan idea ini, memerlukan penjawat awam bergerak dalam trajektori yang tidak pernah dilalui oleh mereka sebelumnya," katanya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...