Jadual Pengiraan Gaji Baru Sistem Saraan Malaysia(SSM) 2012 Mengikut Gred!

Oleh Kaki Wayang on


Pengiraannya macam ini..bagi yang tak faham..Jika sekiranya jawatan anda adalah C17 (Pembantu Makmal) jadual pengiraan gaji dan kenaikan dari yang lama kepada system SSM yang baru adalah seperti di atas..Kamu tidak perlu tukar apa jua amaun atau nombor pun dalam jadual di atas. Namun begitu jika sekiranya jawatan anda adalah DG41(Lebih 14,000 Guru Terima Tawaran Bayaran Insentif Baru!) mahupun DH41, DH52 dan segala macam DH lagilah..Untuk info mengenainya sila ke SINI: Jadual Gaji DG41 Mengikut Jadual Gaji Minimum - Maksimum!..Pengiraannya adalah berlainan sedikit..Lagi Info: Mengenai Pelarasan Gaji, Skim Tangga Gaji dan Kenaikan Pangkat Secara Time Based Untuk Guru!

So apa yang diperlukan adalah kamu hendaklah menukar amaun/ jumlah yang ada dalam kotak kuning tu..Untuk pengetahuan semua, pada petak kuning intu adalah kenaikan gaji setiap tahun..kan setiap tahun ada kenaikan..kalau macam saya, kenaikan adalah pada bulan Julai..Pada ruangan Merah itu pula adalah gaji "basic" sekarang (mengikut SSM lama)..Kotak merah pun kena tukar sekali. Kat situ kamu perlu meletakkan gaji basic gaji anda yang lama (SSM lama). Sebagai contoh di atas RM824.91 itu adalah gaji C17 (SSM lama, dan bukannya gaji SSM Baru). Pada ruangan warna OREN pula adalah kenaikan sebanyak 13%. 

So, gaji pada Januari (mengikut apa yang diumumkan - gaji SSM baru bermula Januari 2012) adalah pada amaun RM932.15 (gaji basic baru anda). Pada ruangan warna BIRU pula adalah jumlah sebenar gaji anda selepas Kenaikan Gaji Tahunan (KGT). 

Bagi yang berbeza jawatan dan jumlah kenaikan serta pelarasan. Anda hanya perlu menukar pada bahagian MERAH sahaja untuk mendapatkan gaji BASIC baru anda. Dan kemudiannya menukar amaun mengikut kenaikan yang ditetapkan (Kenaikan gaji Pembantu Makmal adalah RM95). Untuk melihat gaji sebenar anda selepas pelarasan 13% dan KGT sila lihat pada ruangan KGT 2012, 2013, 2014. Sila lihat rajah di atas.

So lepas masukkan maklumat tu, Excel secara akan automatic akan kira sendiri gaji kamu untuk tahun ni sehingga tahun 2016.. Cukup la tu kot, sehingga PRU yang akan datang.. Sebab mungkin masa tu akan ada pergerakan gaji lagi..

Untuk mendapatkan jadual pengiraan gaji baru itu, sila ke laman blog kepunyaan KAWAN SEKERJA|BERLAINAN JABATAN aku ni. Anda boleh memuat turun jadual berkenaan..Linknya ada di bawah.

Kredit: ThePlainYard

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
2 Comments

{ 2 Komen Membina!... read them below or add one }

Kak Mahh said...

Wow...dah dapat dia jadual gaji,akak tunggu kerani online je...

Mohd Ikhasan Sarmidi said...

yer ker cam gini, cam xbetul jer.. kenapa kenaikan T1 ke T2 dan seterusnyer tidak sampai RM95 malahan cuma RM56 jer.. cthnya T1 pada tahun 2013 sepatutnta nilainya sama pada T2 tahun 2012.. cuba semak balik jadual nie cam salah jer..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...