Betol-Betol Hangat! Soal Jawab Agama: Niat mandi wajib setiap kali mandi

Oleh Kaki Wayang on

SAYA gadis berusia 27 tahun. Setiap kali selepas habis haid, saya akan berniat, ‘Sahaja aku mandi hadas besar kerana Allah Taala’.Namun begitu, setiap kali mandi, saya akan membaca niat berkenaan kerana pernah mendengar ceramah daripada seorang perunding motivasi yang mengatakan ia lebih afdal jika setiap kali mandi dibacakan niat itu kerana tidak tahu bila ajal akan menjemput kita.Adakah sah solat saya selama ini dengan membaca niat yang dilafazkan itu sama dengan mandi lain? Saya beranggapan haid dalam kategori hadas besar jadi saya niatkan begitu.

Sehingga kini saya masih membaca niat hadas besar ketika mandi biasa atau mandi haid.

YATI 
Perak
PANDANGAN perunding motivasi itu hanya pandangan peribadi dan tidak bertepatan dengan hukum fiqah.

Menurut hukum fiqah, sebab yang mewajibkan mandi ialah (1) bersetubuh (2) keluar mani (3) mati selain mati syahid (4) keluar darah haid (5) bersalin dan (6) keluar darah nifas.

Berkaitan dengan mati, adalah menjadi fardu kifayah bagi orang yang hidup untuk memandi, mengkafan, menyembahyang dan mengebumikan orang yang mati.

Orang Islam tidak pernah diminta mandi wajib setiap kali mandi.

Mandi wajib hanya dilakukan apabila berlaku sebab di atas.

Bagaimanapun, amalan saudari walaupun salah tidak menyebabkan terbatal solat lima waktu.

Sebenarnya terdapat tiga jenis mandi iaitu mandi wajib, mandi sunat dan mandi harus.

Mandi harus ialah mandi yang dilakukan seharian demi menjaga kesihatan dan kesegaran badan.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...