Betol-betol Hangat! Lady Gaga jual album baru digital hanya AS$0.99

Oleh Kaki Wayang on


Ini berita menarik buat peminat-peminat Lady Gaga yang sangat gagah itew...Peminat penyanyi, Lady Gaga semalam membanjiri perkhidmatan muzik di talian, Amazon.com untuk mendapatkan salinan digital album baru penyanyi itu pada harga hanya AS$0.99 sen (RM2.97).
 
Beberapa jam selepas memaklumkan album Born This Way boleh didapati selama sehari pada harga 99 sen di perkhidmatan muzik Cloud Drive, syarikat di talian itu terpaksa bertungkus-lumus untuk memenuhi permintaan.

Amazon.com dalam laman Twitter terpaksa meminta pelanggannya bersabar kerana menerima permintaan terlampau tinggi.

Tawaran tersebut merupakan satu persepuluh daripada harga yang dikenakan oleh kedai di talian milik Apple, iTunes, yang juga satu cubaan untuk meningkatkan kedudukan Cloud Drive di pasaran. Amazon melancarkan Cloud Drive pada lewat Mac lalu sebagai perkhidmatan yang membenarkan pelanggan memuat turun muzik di komputer syarikat dan kemudian mendengar lagu itu melalui gajet di Internet.

Perkhidmatan Cloud Drive yang perlahan mengecewakan beberapa peminat Lady Gaga. Namun, maklum balas lain di Twitter memuji harga murah itu. Lady Gaga menerbitkan album keduanya pada minggu ini, tiga tahun selepas mula menggegarkan industri muzik.

Lagu daripada album yang juga bertajuk Born This Way yang diterbitkan pada Februari lalu itu menjadi lebih sensasi apabila dia muncul daripada replika sebiji telur ketika mengadakan persembahan di Anugerah Grammy.

Penyanyi dengan nama sebenar Stefani Joanne Angelina Germanotta juga menimbulkan kontroversi apabila dia membuat simulasi melahirkan anak ketika membuat persembahan di rancangan televisyen. Saturday Night Live pada hujung minggu lalu.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...