Betol-betol Gempak! McCreery juara American Idol musim ke-10

Oleh Kaki Wayang on

 
Setelah beberapa kali membuat entri mengenai American Idol..akhirnya Betol-betol Hangat! ingin menyirkan satu berita yang sangat menggemparkan mengenai American Idol 10..


Scotty McCreery muncul juara musim ke-10 American Idol selepas mengalahkan pencabarnya, Lauren Alaina, sebentar tadi. 

McCreery, 17, yang bersuara garau menerima undian penonton lebih banyak mengatasi Alaina, 16 tahun. Kemenangan McCreery meneruskan kesinambungan kejayaan peserta lelaki. Beliau adalah peserta lelaki keempat muncul juara pertandingan realiti televisyen itu. 

Kali terakhir peserta wanita memenangi American Idol adalah melalui Jordin Sparks pada tahun 2007 kemudian diikuti oleh David Cook pada 2008, pada 2009 penyanyi muda berbakat iaitu Kris Allen berjaya memasuki senarai juara American Idol (mode: walaupun aku lebih suka Adam Lambert), pada 2010 juara American Idol adalah Lee DeWyze (baru ni datang ke Akademi Fantasia kan kalau tak silaplah) dan yang terbaru, baru je menang kejap tadi..Scotty McCreery...aku minat Scotty ni sebab kalau dia nyanyi lagu country sangat2 best dan original country song/ voice..al-maklumlah aku kan peminat John Denver gehtoooo...

Sumber: List Pemenang American Idol

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...