Edisi Agama! Soal Jawab Agama: Pembahagian Harta Pusaka!

Oleh Kaki Wayang on

Islam tidak ketepi wanita dalam pembahaguan harta? BAGAIMANAKAH pembahagian harta pusaka mengikut ilmu faraid?

SECARA umum, pembahagian harta pusaka mengikut faraid berbeza dengan undang-undang pusaka masyarakat lain termasuk Yunani, Rom, Yahudi dan Arab Jahiliah.

Ini kerana al-Quran sudah menetapkan ahli waris dan jumlah yang akan diterima mereka (Surah al-Nisa’ : 11, 12, 176). Contohnya termasuk dalam ahli waris ialah isteri dan anak perempuan si mati yang mendapat jumlah tertentu dalam pembahagian pusaka Islam.

Sebelum ini mereka diketepikan masyarakat. Islam meletakkan mereka di tempat yang sepatutnya dalam pembahagian harta pusaka si mati.

Dengan kata lain, rujukan kepada ayat di atas sebagai asas dalam pembahagian harta pusaka berkenaan. Antara bentuk harta yang boleh dibahagikan secara faraid ialah: (1) tanah (2) bangunan (rumah) (3) barang kemas (emas, perak dan sebagainya) (4) insurans dan wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak), dan (5) binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta dan kerbau.

Menurut Islam, sebelum pembahagian harta pusaka si mati dibahagikan kepada ahli waris, ada tiga perkara yang perlu dilakukan dengan harta peninggalan si mati iaitu: (1) Perbelanjaan pengurusan jenazah diambil daripada harta peninggalan si mati tanpa berlebih atau berkurang (2) Pembayaran segala hutang si mati dan (3) Penunaian segala wasiat si mati dengan tidak melebihi 1/3 daripada harta si mati (Abd al-’Ati 2008: 270-71).

Sekarang terdapat laman web yang memberi maklumat secara terperinci mengenai pembahagian harta pusaka dalam Islam dan cara pengiraan berkomputer.

Contohnya laman web Islam USM yang membolehkan kita menggunakan khidmat Sistem Maklumat Faraid. Web itu memberi penerangan ringkas mengenai sistem faraid, dalil, ahli waris, carta waris, kadar dan cara pengiraan.

Cara pengiraan begitu mudah untuk digunakan kerana menggunakan aplikasi komputer dan sesuai dengan perkembangan sekarang (lihat, Faraid).

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...