Betol-betol Hangat! Barang kemas RM24.1 juta ditemui

Oleh Kaki Wayang on


Sejumlah barang kemas bernilai lebih £5 juta (RM24.1 juta) yang pernah dimiliki Wanita Pertama Argentina, Eva Peron ditemui semula oleh polis Itali. Pendedahan itu dibuat polis dalam satu sidang akhbar kelmarin di sini.

Semua barang kemas itu, termasuk sebuah tiara bernilai £3.5 juta (RM16.9 juta) yang dihadiahkan kepada Eva oleh keluarga diraja Belanda, dua bentuk cincin dan sepasang anting-anting ditemui di sebuah hotel di sini dalam satu serbuan pihak berkuasa. Barang kemas itu dicuri sekumpulan penjenayah Serbia daripada sebuah butik di bandar Valencia, Sepanyol pada Disember 2009.

Pada tahun lalu, polis Sepanyol menangkap enam anggota geng penjenayah berkenaan tetapi gagal menemui barang kemas berkenaan. Namun, hasil soal siasat terhadap tahanan-tahanan tersebut, polis Sepanyol memberikan maklumat mengenai seorang konconya kepada polis di sini, Itali.

Selepas membuat intipan selama beberapa bulan, penjenayah berkenaan ditangkap di sebuah hotel di sini dengan polis turut menemui semula barang kemas tersebut. Eva yang merupakan isteri bekas Presiden Argentina Juan Peron lebih dikenali dengan gelaran Evita.

Wanita itu menjalani kehidupan penuh mewah dan glamor yang kemudian diadaptasikan ke layar perak menerusi filem berjudul, Evita dengan wataknya dilakonkan oleh Madonna.Peron memerintah Argentina pada awal 1950-an sebelum hidup dalam buangan pada 1955, tiga tahun selepas Eva meninggal dunia pada usia 33 tahun akibat kanser.

Source: Kosmo Online

P/s: Wowwww..juta tu..meh bagi Betol-betol Hangat sikit..wat perhiasan kat umah.. 

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...