Betol-betol Hangat! Fenomena Aaron Aziz

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj45EOQ2MmJUX_tGUmJ52auvjkSnPZEzVoNk5nU2HgsF-T9-VXesU7uB8Yeh-i1dBczrhx5qYKH-c3RDcXBFrXMgfkqeRTPLtwSX3Ik_AY_m3rgZPrqC881rhtREe6GdtAdeE5nd0rrPH4/s1600/nora-elena-drama-akasia.jpg

SEJAK kebelakangan ini tiba-tiba sahaja nama Aaron Aziz meniti dari bibir ke bibir. Bukan kerana kontroversi tetapi kerana lakonan berkesannya di dalam dua buah karya yang kebetulan disiarkan dalam masa yang sama iaitu filem KL Gangster dan drama Nora Elena.

Maka tidak hairanlah mengapa kini penonton semakin menggilai Aaron Aziz atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz terutamanya wanita yang jatuh cinta dengan sisi romantisnya di dalam drama-drama lakonannya.

Jika dilihat kembali kebanyakan watak yang dipegang Aaron dalam filem adalah watak gengster atau samseng, manakala di dalam drama adalah watak romantis.Apa yang boleh Betol-betol Hangat! katakan. Aaron Aziz memang hangat sekarang ni..kalau amik dia berlakon kompom korang akan suka dan box office. Bagi aku yang dah menonton Nora Elena terlebih dahulu daripada KL Gangster. Permainan emosi yang dilakonkan oleh Aaron Aziz sangat berkesan. Bila tengok filem KL Gangster rasa macam tengok Nora Elena. Semuanya disebabkan wataknya yangn dilakonkan dengan penuh penghayatan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEis8CvVFiAqQTVGTUYeK9WDzh7iTueBnrcBV8wUvLRjBBrr_YJrzIhuZCPuv-2D_mkNL4era4_weAS6tnHXELQCczKZGteQLQd40wd9PSJYeXN9RXv2Uu4MYU-pI6DjJj7yoRUdcA_l/s1600/KL_gangster_poster.jpg

Cuba baca sikit pengakuan Aaron Aziz tentang Drama Nora Elena ni:-
“Saya gembira apabila drama Nora Elena mencipta satu fenomena di mana penonton terkejar-kejar balik rumah untuk menonton drama itu dan ia menghilangkan tekanan pada mereka yang menontonnya.

“Tetapi harus diingat Seth Tan hanyalah watak lakonan bukannya saya yang sebenar. Saya juga tidak mahu kerana watak romantis terlebih dalam Nora Elena membawa masalah kepada orang lain.

“Janganlah kerana menonton drama ini, penonton wanita terutamanya mempertikaikan kenapa suami mereka tidak begitu romantis. Watak Seth hanyalah fantasi. Isteri saya sendiri tanya pada saya kalau dia tidur di bawah adakah saya akan angkat dia naik atas seperti mana dalam drama Nora Elena sebabnya saya sangat berbeza daripada watak Seth itu sendiri,” ucap Aaron.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgFYzKBwqB0H1cf7hFypGzwJHhN7oP59xzHIVDMkOwUV0mPizR27iTbnvvQk32lg0h4EYkf8fKNy5G7pPpzmMKKVPVTMli1HVm8A0I2jrKzECLZjxaXFxuUOfeYfSqXNTzQuU1bVyaE_SgS/s400/BH_16333489.jpg

Jangan lupa tau menonton drama Aaron Aziz yang terbaru, STANZA CINTA..dan aku rasa drama terbaru ini akan mencipta satu lagi fenomena baru Aaron Aziz .

Kredit: Kosmo Online

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...