Betol-betol Hangat! Zarina Juara Konsert Kenangan AFnil

Oleh Kaki Wayang on

 

Konsert Kenangan Afnil memberi kenangan terindah buat peserta Akademi Fantasia musim ke2, Zarina Zainoordin apabila memenangi pertandingan tersebut dan membawa pulang sebuah kereta Persona Elegance. Zarina berjaya menewaskan beberapa peserta Akademi Fantasia (AF)wakil dari AF 1 hingga AF9 pada konsert khas yang telah dirakamkan di Studio 1, Astro Bukit Jalil, Ahad lalu.

Menurut Penerbit Eksekutif Astro Ria, Irwan Rauf berkata konsert ini diadakan bagi mengimbau kenangan sepanjang sembilan tahun AF diterbitkan.

“Setiap daripada peserta dipilih mengikut beberapa kriteria dan mewakili setiap musim. Kami juga pilih mereka yang tidak berjaya ke konsert final terutama bintang yang tersingkir sebelum minggu konsert akhir diadakan. "Memandangkan rancangan ini membabitkan kenangan suka duka peserta, jadi kita jemput mereka yang dirasakan ada sejarah menarik untuk dikongsi bersama penonton," katanya.


Konsert tersebut berjaya mengamit memori lalu, apabila pengacara Aznil Nawawi bertindak memainkan emosi penonton dengan usikan nakal kepada peserta-peserta. Kata Aznil konsert tersebut memberi banyak kenangan sehingga membuatkannya begitu tersentuh terutamanya kehadiran bekas-bekaspelajar yang datang memberikan sokongan.

“Walaupun konsert ini mempertandingkan bakat bintang-bintang AF, namun apa yang saya lihat mereka menyanyi bukan untuk menang, sebaliknya untik melepaskan rindu dengan rakan lain.

“Konsert penutup ini akan melabuhkan tirainya dengan pelbagai kenangan dan secara tidak langsung memberi impak kepada kehidupan saya dan peminat rancangan realiti ini,” ujarnya.


Antaranya pasangan suami isteri Khai dan Rosma muncul bersama anak sulung mereka. Manakala, peserta adik beradik Diddy atau Syamsul Hirdi Muhid mewakili AF4 turut bertanding bersama adiknya Kay AF9 di pentas dengan persembahan istimewa.

Selain Rosma, Zarina dan Diddy, turut bertanding dalam Konsert Kenangan AFNIL adalah Mohamed Zulkefli Mohamed Idir atau Keifli mewakili AF3, Mohd Syawal Ruslan (Shawal-AF5), Ika Nabila Abdul Rahim (Ika-AF6), Nurfazelah @ Zizie Mad Tahil (Zizie-AF7), Nadiawati AinulBasir (Ain-AF8) dan Fahrur Raqib Abdul Majid (Raqib-AF9).

Bagi menghangatkan final AF9, kemunculan istimewa daripada keempat-empat finalis iaitu Hazama, Lena, Fina dan Azri tampil membuat persembahan khas buat senior mereka.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
4 Comments

{ 4 Komen Membina!... read them below or add one }

eMMe said...

mmg layan la Konsert Afnil....hehehee...LIKE!!!

Penjana Minda Strategik said...

eMMi tengok ke?macam xbest je..lebih-lebih lagi c kefli tu..ter"ngiok" suaranya..hahahahah

Sadun said...

ada tgok jgak hari tu..

btw, i follow u follow me back k.

Kaki Wayang said...

OK bro..i will..thanks for comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...