Betol-betol Sengal! Jantan tidak tahu malu

Oleh Kaki Wayang on


Kepada kaum hawa diluar sana..korang pernah jumpa dan pernah lihat atau alami tak lelaki memukul wanita aka dayus?Betol-betol Hangat rasa mesti ada yang pernah kena kan..ni ada satu cerita sal jantan yang tak tahu malu apabila mencederakan teman wanitanya apabila wanita tersebut mahu memutuskan hubungan mereka..meh ikuti kisah mereka..

Seorang wanita cedera di muka dan patah kaki kanan akibat dibelasah sebelum dilanggar dengan kereta oleh teman lelakinya sejurus selepas menyatakan hasrat memutuskan hubungan cinta di antara mereka berdua. Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang kelmarin di Jalan Tun Razak, di sini, selepas pasangan kekasih berkenaan bertengkar ketika sama-sama berada dalam kereta yang dipandu mangsa.

Sumber polis berkata, sebaik mangsa yang berusia 35 tahun menyatakan hasratnya untuk memutuskan perhubungan, teman lelakinya yang beberapa tahun lebih tua daripadanya terus naik berang.

“Suspek menumbuk muka mangsa beberapa kali. Biarpun nyaris terbabas, mangsa berjaya mengawal kenderaan dipandunya dan berhenti di bahu jalan. Ketika itu, mangsa hanya mampu menangis sambil merayu dikasihani dan mengajak teman lelakinya berbincang.

“Namun, rayuannya sia-sia apabila teman lelakinya terus bertindak lebih agresif. Mangsa bukan saja ditampar, disiku dan ditumbuk, malah rambutnya ditarik selain kepalanya dihantuk ke stereng kereta,” katanya. 

P/s: Bila berkawan ngan lelaki..tak kira lah lelaki atau pompuan..korang hati-hatilah yer..jangan sampai dibelasah pulak..kang tak pasai-pasai ada pulak yang meninggal..lelaki pula jangan selalu atau tak yah fikirlah sal nak pukul wanita..Betol-betol Hangat! sendiri pown tak pernah pukul pompuan..(hevattt kan..tangan ke dada mata ke atas)

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...