Betol-betol Hangat! Keistimewaan Buah Naga!

Oleh Kaki Wayang on

Sape dah penah makan Buah Naga? Amacam? Sedap tak? ke biasa-biasa je..BBH sebenarnya pon belom penah rasa lagi..sebab BBH punya prinsip..kalau benda-benda pelik jangan makan..memanglah buah ni tak pelik..cuma pada pandangan mata dan hati BBH..buah ni macam pelik tu sebab tak nak makan tu..kang sakit perut pula..

RANUM...buah naga yang sudah masak mesti dipetik bagi mengelak gugur sendiri.  

Korang tahu tak keistimewaan buah ni? Keistimewaan pokok naga apabila boleh berbuah sehingga 30 biji dalam satu masa manakala pokok ini boleh hidup sehingga 100 tahun lamanya.

Buah kaktus madu ini cukup kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisme dalam badan manusia.

Buah ini sangat berkesan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan racun dalam darah. Buah naga mengandung 80 peratus air, vitamin C, serat, kalsium, zat besi dan fosforus yang bermanfaat untuk membantu menangani penyakit darah tinggi. Kandungan seratnya mencegah sembelit dan zat besi yang tinggi membantu mencegah anemia terutama bagi ibu hamil. 

Kandungan serat pada buah naga yang mencapai 0.7 gram hingga 0.9 gram juga sangat berguna dalam sistem pencernaan dan menurunkan kadar kolesterol.

Antara kebaikan buah naga adalah membantu untuk:

1. Meningkatkan daya tahan terhadap penyakit.
2. Mengurangkan metabolisme badan.
3. Baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah.
4. Mengurangkan tekanan emosi.
5. Meneutralkan toksik dalam darah.
6. Mencegah kanser usus.
7. Mencegah kandungan kolesterol.
8. Menurunkan kadar lemak.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...