Edisi Busuk! Jawapan Balas Pihak BUSUK.ORG Mengenai Entri Berbaur Lucah - Tahniah Busuk.org!

Oleh Kaki Wayang on


Persoalan yang Kaki Wayang kemukakan akhirnya terjawab apabila salah satu artikel Kaki Wayang disyaki berbaur LUCAH akibat sistem FILTER busuk.org yang mengesan perkataan SEKSI sebagai LUCAH..dan akhirnya saya begitu berpuas hati atas kerjasama dan jawapan balas pihak BUSUK.ORG..!


Bermula dengan artikel ini: Edisi Pelik! Artikel Miscrosoft Surface Disyaki Lucah Oleh Admin Busuk.Org - Serius Lucah! Pihak busuk.org sudah pun memberi maklum balas berkenaan dengan isu yang telah saya bangkitkan..berikut merupakan JAWAPAN BALAS dari pihak Busuk.Org...

Salam,

Kami tidak pasti bila saudara kaki wayang ambil screenshot tersebut.. Sistem filter ini baru sahaja dilancarkan malam tadi. Setiap artikel baru yang mengandungi keyword2 lucah, sistem akan automatic filter.. Kalaupun ianya terlepas.. mungkin keyword2 tersebut masuk belum dimasukkan lagi oleh admin busuk untuk kami filter ataupun artikel itu sudah diapprove oleh admin kami sendiri. Dan secara kebetulan setelah beberapa keyword dimasukkan, entri saudara mengandungi keyword filter lucah kami...

Sistem filter ini masih lagi terlalu baru.. sedangkan spam filter email juga mengambil masa beberapa tahun sehingga ke sekarang ini tetapi masih lagi terjadi "false positive" dimana kandungan sesuatu email itu dianggap spam.


Mungkin saudara salah faham dengan konsep filter artikel lucah. Perlu dijelaskan disini bahawa setiap artikel yang tersangkut di filter lucah telah dilaksanakan secara automatik. Setiap artikel yang termasuk dalam senarai filter ini bukanlah bermakna artikel tersebut berbaur lucah tetapi ia adalah satu langkah berjaga-jaga pihak busuk untuk menangani kes spam entri lucah dari individu yang tidak bertanggungjawab. Sistem filter ini berlainan dengan sistem ban dimana blog yang diban langsung tidak dibenarkan untuk ping. Sistem filter ini hanyalah sekadar satu list utk admin 'alert' dan semak artikel-artikel ini sebelum ia diterbitkan kepada umum.


Sekiranya saudara yakin artikel saudara tidak berbaur lucah, saudara sepatutnya tidak perlu berasa risau. Artikel itu pasti akan diterima. Sekiranya ia lambat diterima, mungkin admin-admin sedang sibuk dan kami meminta maaf.
 
Walauapapun TAHNIAH diucapkan atas pelancaran sistem filter itu...! Lepas ni bersihlah Laman Ping BUSUK sebab dah ada sistem filter ini..kalau tak bersih juga tak tahulah...

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
2 Comments

{ 2 Komen Membina!... read them below or add one }

Unknown said...

baguihhh busuk.org ni...hebat!!!

tubelawak said...

aku baru siapkan semalam.. tak sempat demo bagitau kat admin lain lagi..

http://blog.busuk.org/2012/06/22/filter-artikel-lucah-di-ping-busuk/

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...