Betol-betol Hangat! Puspa Syurgawi - Lagu Album Pertamaku (Single)

Oleh Kaki Wayang on

Lirik Penuh Lagu Puspa Syurgawi

Di mana Puspa idaman
Puteri seribu taman
Mengalah bidadari
Dia puspa syurgawi

Terasa dunia ini
Puspa sakti sukar dicari
Bermusim bunga-bungaan
Layu dalam jambangan

Bencana nanti menari
Mawar biarpun berduri
Tak akan bererti lagi
Mahligainya hilang seri

Chorus: 

Di taman yang melaut ini
Mana desir harum kenanga
Hanya tinggal Puspa kencana
Terkulai tanpa mahkota

Tangisan di dalam diri
Meruntun di kamar hati
Resahnya tak tercari
Sewangi puspa syurgawi

Sewangi puspa syurgawi..


Lirik pada rangkap terakhir tidak dinyanyikan atas sebab-sebab hakcipta terpelihara dari Kaki Wayang yerrr..Lagu ini merupakan lagu yang dimuatkan dalam album Senandung Azimat (Wirama Zirbad) album pertama (Nasyid)..maknanya lagu original tidak akan dimuat naik (takut nanti di cetak rompak)..lagu yang dimuat naik hanyalah lagu cover album supaya lagu ini (lagu original) tidak dimuat naik di mana-mana filesharing yang lain(maksudnya lagu yang diletakkan diruangan download di bawah hanyalah versi cover version sahaja, bukan versi sebenar)..sila hayati maksudnya dan terima kasih sebab sudi mendengar.. 
Download: Puspa Syurgawi (Cover Album Sahaja) - kalau nak yang original sila beli yerrr


 

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
2 Comments

{ 2 Komen Membina!... read them below or add one }

khairol idayu said...

saya telah mengopi lirik ini..hehe..terima kasih

Emma said...

ek ???? perghhh artis japp

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...