Allah asy-Syakur yang dengan kemurahanNya sentiasa memberi balasan yang
berganda-ganda bagi setiap amalan hambaNya. Allah SWT juga telah
menjadikan berbagai cara dan jalan agar hamba-hambaNya boleh
menggandakan saham akhirat mereka. Oleh itu, kita selaku hamba yang
dhoif lagi banyak dosa dan taqsir hendaklah sentiasa mencari-cari jalan
agar amalan kebajikan kita dapat digandakan ganjarannya di akhirat
nanti. Jangan hanya tahu mencari-cari jalan menggandakan saham - saham
duniawi tetapi mengabaikan bekalan untuk kehidupan yang kekal abadi di
akhirat. Imam as-Sayuthi RHM menjelaskan bahawa sedekah seseorang boleh
digandakan ganjarannya seperti berikut:-
Sedekah yang diberi balasan 10 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang yang sihat tubuh badannya serta tidak berhajat kepada sedekah.
Sedekah yang diberi balasan 90 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang buta dan orang yang terkena musibah (yakni yang perlukan bantuan).
Sedekah yang diberi balasan 900 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada kerabat yang berhajat.
Sedekah yang diberi balasan 100,000 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada ibubapa.
Sedekah yang diberi balasan 900,000 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang alim atau faqih.