Betol-betol Gempak! FIFA 12 lawan PES 2012!

Oleh Kaki Wayang on

​Ingat tahun lepas apabila Pro Evolution Soccer 2011 (PES 2011) dihentam teruk oleh Fifa 11? Saya pasti ramai peminat PES agak kecewa dengan usaha Konami tahun lepas. Saya tidak akan terkejut jika sejumlah peminat PES berhijrah ke kem Electronic Arts (EA). Walau bagaimanapun, persaingan pada tahun ini jauh lebih kompetitif dan kedua-dua permainan video telah membawa beberapa peningkatan.

Mari kita lihat pembaharuan dalam Fifa 12.

1. Enjin Impak

EA telah memperkenalkan tiga ciri-ciri baru kepada Fifa 12. Enjin Impak ialah salah satu daripadanya dan biarlah saya beritahu anda: Ia pintar dan kadang-kadang lucu. Dua tahun dalam pembuatan, Enjin Impak membuat simulasi pelanggaran antara pemain-pemain. Bergantung kepada kelajuan dan sudut pelanggaran pemain, anda akan dapat menyaksikan beberapa terkaman, rempuhan dan pergelutan paling nyata dalam bola sepak. Jika anda berjaya menguasainya, anda boleh menggunakannya menghalang pemain-pemain lawan yang mana agak menghiburkan dan kadang-kadang sinis apabila pengadil memutuskan untuk melayangkan kad kepada anda.


                             

2. Pertahanan Taktikal

Peminat-peminat Fifa akan terkejut dengan ciri baru ini. Saya pasti anda semua sudah biasa dengan memegang butang tekanan untuk memenangi kembali bola dari pihak lawan. Tindakan pertahanan ini terlalu mudah jika anda bandingkannya dengan Pertahanan Taktikal yang anda perlu kuasai untuk merampas bola. Daripada pergi terus ke bola, apabila anda tekan butang tekanan, pemain anda akan mendekati dan mengawal pergerakan pemain yang sedang mengawal bola. Terpulanglah kepada anda untuk menghulurkan kaki, meluncur masuk atau memanggil seorang lagi rakan sepasukan untuk merebut bola.

Ia boleh ambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri dengan sistem baru ini, apatah lagi menguasainya. Tetapi bila anda memahirinya, ia sudah tentu akan membuat anda menghargai kerja berpasukan dan disiplin apabila mempertahankan gawang gol. Anda bagaimanapun, boleh memilih sistem pertahanan konvensional seperti dalam permainan video sebelum ini tetapi siapa yang mahu menukar sebahagian besar senario bola sepak sebenar dengan gaya langsung bermain bola sepak yang bosan.

                           

 3. Ketepatan Menggelecek

Realisme dalam Fifa 12 terus dipertingkatkan dengan Ketepatan Menggelecek. Jika anda fikir menggelecek dalam Fifa 11 hebat, tunggu sehingga anda mengalaminya dalam Fifa 12. Dengan sejumlah kemahiran menggelecek baru yang licik, sentuhan butang LB akan membuka pertahanan lawan seperti satu tin tuna. Pemain-pemain yang menguasai kemahiran ini akan bersetuju yang kawalan bola yang baik boleh menentukan sama ada anda pada pihak menang atau pasukan yang kalah.

Ketepatan Menggelecek meningkatkan kawalan bola pemain dan menjadikannya lebih sedar dengan kawasan di sekelilingnya. Pemain-pemain akan mengambil lebih banyak sentuhan kecil, mengawal bola lebih rapat dan lebih ketat. Dan sebaik sahaja anda membuka ruang, anda boleh melepaskan penyerang anda dengan satu hantaran tepat antara pertahanan atau ambil melepaskan rembatan pada gol.

Sekarang, mari kita lihat apa yang PES 2012 telah perbaharui.

1. Kawalan Rakan Sepasukan

Ini mungkin ciri paling sukar dan pada masa yang sama berkuasa dalam permainan video bola sepak kini. Sukar kerana anda perlu mengawal dua pemain dalam satu masa. Sistem Kawalan Rakan Sepasukan membolehkan anda mengawal seorang pemain sekunder semasa permainan atau set piece. Itu cara anda boleh meletakkan pemain anda dengan tepat di mana anda mahu, membuat larian ke dalam saluran-saluran atau mengelak daripada pemain pertahanan. Anda boleh memilih untuk dibantu dengan tahap yang berbeza-beza kesukaran dan kawalan. Menguasai ciri baru ini agak mencabar, tetapi ia boleh mewujudkan lebih banyak aksi di depan pintu gol.

                                

Selain daripada sistem Kawalan Rakan Sepasukan baru, PES 2012 kelihatan hampir serupa dengan PES 2011. Gameplay PES 2012 telah bertambah baik dengan pergerakan menggelecek yang lebih baik, kecerdasan buatan (AI) yang lebih baik dalam pertahanan dan serangan dan sudut pandangan belakang ketika mengambil penalti telah diperkenalkan semula. Struktur, mode permainan dan pasukan-pasukan masih dikekalkan. Sekiranya anda tertanya-tanya, ya, PES 2012 masih tidak mempunyai lesen untuk liga Inggeris, Jerman dan Perancis. Tetapi saya rasa peminat-peminat PES sudah biasa dengan keadaan ini dan tidak  kisah dengan perincian kecil itu selagi gameplay kekal cepat dan menghiburkan.

                               

Saya secara peribadi suka bermain Career Mode dalam Fifa 12. Ia menarik melihat bagaimana pemain-pemain bertambah baik sepanjang tahun dan juga menemui bakat-bakat muda baru daripada kelab-kelab yang tidak dikenali. Kombinasi aksi di atas padang dan kemahiran pengurusan bola sepak membuat saya mahu teruskan bermain. Pemindahan hari terakhir yang dramatik ialah satu sentuhan bagus kepada pengalaman membeli / menjual. Ia pasti lebih dramatik daripada rundingan-rundingan pemindahan hambar pada PES 2012. Saya rindu zaman PES 2010 Master League di mana saya bermain Standard Liege sehingga tahun 2015 dan pemain-pemain bertukar ke pemain-pemain bertaraf antarabangsa. Saya rasa orang sekarang lebih kepada realisme bola sepak daripada pembangunan bolasepak.
                                   
Bercakap pembangunan, EA telah banyak menumpukan perhatian pada penambahan kandungan dalam permainan video mereka. Fifa 12 mendahului dalam aspek kepelbagaian dalam mode permainan dan kandungan. Tambahan kepada mode permainan asal, EA telah mengintegrasikan satu pengalaman dalam talian sosial ke dalam Fifa 12 dengan kemasukan Ultimate Team dan Electronic Arts Football Club (EAFC). Ultimate Team pada dasarnya ialah terup perdagangan dalam talian. Anda boleh menjual-beli pemain-pemain dalam satu pemindahan pasaran.

Tetapi EAFC yang benar-benar menarik perhatian. Ini ialah di mana mata pengalaman anda (XP) menyumbang kepada kedudukan mingguan pasukan pilihan anda. Kesemua aktiviti anda dalam Fifa 12 menyumbang kepada mata XP anda. Mata XP ini menentukan tahap FIFA anda. Dengan menekan satu butang anda boleh melihat bagaimana prestasi anda dalam talian menentang sahabat anda dan kedudukan kelab sokongan anda. Ini menunjukkan bagaimana rangkaian sosial dalam talian telah mempengaruhi industri permainan video.

Secara keseluruhannya, Fifa 12 masih mengatasi PES 2012. Tetapi tidak seperti tahun lepas di mana EA menewaskan Konami dalam setiap kategori, tahun ini ialah pertarungan yang lebih sengit. Fifa 12 menjadi pilihan jelas jika anda mencari realisme bola sepak tetapi mereka yang masih lagi suka pengalaman bola sepak pantas, tidak salah memilih PES 2012.

SUMBER: MyLaunchPad

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...