Betol-betol Hantu! Halloween: Filem-filem seram untuk ditonton

Oleh Kaki Wayang on

Minggu ini, sempena perayaan Halloween, kami mengimbas semula filem-filem seram yang terbaik pada tahun 90-an. Jika anda masih tidak tahu apa hendak dibuat pada hujung minggu ini, carilah tajuk-tajuk ini pada DVD dan selamilah semangat Halloween dengan sepenuhnya. Di sini adalah cadangan-cadangan saya:

Child’s Play

'Child's Play' adakah satu kisah ngeri mengenai sebuah patung yang berciri pembunuh yang bernama Chucky. Saya mengakui bahawa saya pernah mempunyai mimpi ngeri semasa kecil selepas menonton filem ini, dan saya pasti bukan saya seorang yang bermimpi. Filem seram ini yang diarahkan oleh Tom Holland mempunyai tiga filem susulan bernama ‘Bride of Chucky’ dan ‘Seed of Chucky’, tetapi untuk Halloween tahun ini, saya hanya mencadangkan filem yang pertama kerana filem-filem selepas itu tidak berjaya menandingi filem yang terawal.

Scream

Filem pertama 'Scream'  adalah salah satu filem yang terbaik pada zaman 90-an. Sudah tentu, kira-kira 15 tahun kemudian, filem ini mungkin kelihatan sebagai ‘predictable’ atau begitu mudah diramalkan, tetapi ia tetap satu filem yang paling terpengaruh dalam genre 'slasher'. Filem ini mempunyai unsur-unsur yang mencukupi dalam genre tersebut- seorang pembunuh bertopeng, sekumpulan gadis-gadis remaja dan pelakon baru yang meningkat sebagai pelakon utamanya – tetapi sebenarnya apa yang membuat filem ini berbeza adalah subteks komedinya.
The Sixth Sense 

Satu-satunya filem 90-an yang tidak dapat saya lupakan, kenyataan “I see dead people” yang terdapat dalam filem ini kini merupakan quote atau petikan dialog yang terkenal. 'Sixth Sense' adalah filem seram yang mempunyai unsur seram psikologi. Filem ini adalah hasil pertama yang cemerlang dari pengarah M. Night Shyamalan dan pelakon muda Haley Joel Osment.

Silence of the Lambs

Dalam persembahan Anthony Hopkins yang paling menakutkan, 'Silence of the Lambs' ialah satu kisah seram yang cemerlang. Hari ini, pembunuh bersiri fiksional yang bernama Hannibal Lecter telah mencapai status ikonik dalam dunia perfileman.

Final Destination

Seperti kebanyakan daripada filem-filem seram tersebut yang datang sebelumnya, 'Final Destination' juga telah melahirkan beberapa buah sekuel. Walau bagaimanapun setiap sekuelnya bersifat terlalu klise. Pada pendapat saya, filem Final Destination yang pertama yang keluar pada tahun 2000 adalah kisah seram yang cukup hebat dan yang terbaik dalam siri ini.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...