Edisi Ngeri! Mengandung 7 Bulan Dipaksa Gugurkan Kandungan - Sedih Lihat Keadaan Bayi Itu!

Oleh Kaki Wayang on


Beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang ibu muda terbaring di katil hospital bersama bayinya yang berlumuran darah selepas wanita itu dipaksa melakukan pengguguran ketika mengandung tujuh bulan, telah mencetuskan kemarahan penduduk di negara yang mengamalkan dasar satu anak satu keluarga itu.

LAGI Berita Paling Hangat!


Edisi Ngeri! Mengandung 7 BulanDipaksa Gugurkan Kandungan - Sedih Lihat Keadaan Bayi Itu!

Wanita itu, Feng Jianmei memberitahu media tempatan bahawa dia telah disuntik dengan bahan kimia untuk memaksa kandungan itu digugurkan, namun selepas 36 jam, bayi berkenaan masih belum dapat dikeluarkan.

Keadaan itu berlaku selepas Feng, yang telah mempunyai seorang anak, didenda membayar sebanyak £4,000 oleh pihak berkuasa tempatan kerana mengandung kali kedua. Memandangkan dia tidak mempunyai wang untuk membayar denda itu, maka satu pasukan daripada unit perancang keluarga telah membawa wanita itu ke hospital untuk membolehkan pengguguran dilakukan.


“Saya memaklumkan bahawa saya tidak mempunyai wang kerana ibu mertua saya memerlukan duit untuk rawatan kansernya, dan selepas itu 20 orang kakitangan unit berkenaan telah datang ke rumah saya untuk dibawa ke hospital. “Saya cuba melawan namun dipukul. Di hospital, saya telah disuntik dengan dos untuk membunuh bayi dalam kandungan. Ketika itu tiada seorang pun anggota keluarga saya yang dibenarkan berada di situ,” katanya.

Dalam pada itu, seorang aktivis yang berpengkalan di Amerika Syarikat, Chai Ling berkata, kejadian yang menimpa Feng menunjukkan bagaimana polisi satu anak satu keluarga telah menyebabkan keganasan menimpa wanita setiap hari di negara itu. Aktivis All Girls Allowed itu turut memaklumkan, mereka telah bercakap dengan Feng dan suaminya, Deng Jiyuan selepas kejadian itu.

 Banner  Banner denaihati directory 125x125 Banner aqiqah 125x125a Banner

Sementara itu, Timbalan Ketua Perancang Keluarga, Li Yuongjou, menafikan insiden berkenaan sebaliknya memberitahu ‘Feng sendiri yang bersetuju untuk menggugurkan kandungan itu selepas beberapa pihaknya memberikan kesedaran kepada wanita berkenaan mengenai polisi terbabit.

Setakat ini tidak diketahui bagaimana Feng berjaya merakamkan gambar berkenaan namun aktivis percaya gambar itu adalah tulen.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...