Edisi Pengajaran! Ustaz Zahazan Komen Status Tatu Awi Rafael - Ikuti Kupasan Penuh!

Oleh Kaki Wayang on


Dosa penyanyi Awi Rafael, 26, yang melukis tatu pada badannya akan diampunkan oleh Allah sekiranya dia benar-benar bertaubat dan menyesali perbuatannya itu. Pendakwah bebas, Ustaz Zahazan Mohamed berkata, tindakan Awi yang tidak malu untuk mendedahkan rasa kesalnya secara umum adalah satu perbuatan terpuji dan harus dijadikan contoh oleh semua pihak agar tidak meniru perbuatan bertatu tersebut.

"Bukan mudah untuk seseorang yang dikenali ramai seperti Awi mahu mendedahkan perbuatan bertatu itu secara umum dan Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dia cepat sedar dan bertaubat. "Malah sanggup berkongsi kepada peminat-peminatnya agar tidak mengikuti kelakuan buruknya itu. "Semoga Allah gugurkan segala keburukan silam dan mengangkat kebaikannya,” kata beliau kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Selasa.

Kredit: MediaMalaya.com

Zahazan menambah, sesungguhnya Allah amat gembira dengan orang yang bertaubat dan kegembiraan itu digambarkan melebihi seorang penggembala yang kehilangan unta di padang pasir lalu menemui semula untanya itu.

LAGI Berita PALING HANGAT HARI INI


Lagi Berita PALING POPULAR


Beliau yang juga penceramah jemputan program agama Al-Kuliyah di TV3 menambah, seseorang yang bertatu lalu mahu bertaubat, diharuskan untuk membuang tatu berkenaan dengan menggunakan teknologi yang sedia ada sekiranya tidak mendatangkan kemudaratan. Bagaimanapun jika ia boleh memudaratkan pada diri dan nyawa, maka perbuatan itu boleh dimaafkan.

"Saya berharap apa yang didedahkan Awi dapat menjadi pengajaran kepada semua, termasuklah artis-artis tempatan yang lain. "Perlu diingat, apabila kita tidak berhubung dengan Allah, maka kehidupan kita juga diibaratkan seperti sebuah kapal terbang yang tiada radar serta terumbang-ambing," tegasnya.

Pada Jumaat lalu, Awi melakukan tindakan berani dengan membuat pengesahan melalui Facebook beberapa foto lelaki bertatu yang tersebar di Internet adalah dirinya. Bagaimanapun penyanyi lagu Bila Aku Jatuh Cinta itu berkata, dia sudah bertaubat dan menyesali perbuatan yang dilakukan pada zaman remajanya itu.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
4 Comments

{ 4 Komen Membina!... read them below or add one }

Kopi Adrenalin said...

bagus lah kalau dah menyesal..:)

hallo bro..follow sini

Nurul Ain Sakimon said...

Alhmdulillah,bguslh mcm tu klau dh insaf dgn perbuatan lampau.follow me to....

Azrina Azman said...

Semoga taubatnya diterima Allah..:-)

Azrina Azman said...

Semoga taubatnya diterima Allah..:-)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...