Ayam Goreng Punca Jerawat. Ayam goreng KFC, Ayam goreng kat McDonald, Ayam Goreng kat pasar malam. Ayam goreng Uptown. Semuanya kita suka. Tak kisah lah ayam goreng mana pun. Ayam goreng mak lagi lah kita suka. Dari yang kecik hinggalah yang dewasa, semuanya suka makan ayam goreng. Tapi tahukah anda, ayam goreng merupakan salah satu punca jerawat paling "annoying" muncul di wajah anda. Bukan jerawat je, tapi masalah berat badan dan kegemukan bakal memberi masalah kepada badan anda. Kalau gemuk comel-comel je takpe. Paling teruk kalau ada jerawat batu setompok kat pipi atau kat hidung. Perghhhhh sakitnya tuh di sini tak de sape yang tahu.
Sebenarnya bukan daging ayam yang digoreng itu adalah penyebab utama tumbuhnya jerawat di muka. Tetapi punca utamanya adalah minyak yang berlebihan dalam badan. Minyak masak yang digunakan ketika menggoreng ayam. Minyak yang terperangkap dalam makanan terutamanya ayam merupakan punca utamanya. MInyak yang kita makan itu lah yang akan menyebabkan kelenjar kulit terhalang dapada mengeluarkan sebum dari dalam kulit badan kita. Sebum ini lah yang sebenarnya mengandungi bakteria yang menyebabkan jerawat yang bukan sahaja tumbuh di muka tetapi di bahagian lain.
Saya suka makan ayam goreng, bagaimana nak elak jerawat?
Caranya sangat mudah. Kurangkan penggunaan minyak. Pendek kata kurangkan mengambil makanan berasaskan minyak. Bukan kata tak leh makan ayam goreng dah. Kang merajuk pula kang, ngadu kat mak. Kaki Wayang kata tak leh makan ayam goreng sebab nanti tumbuh jerawat. Kena jaga pemakanan dan sentiasa membersihkan muka. Antara lain tips yang boleh diamalkan adalah minum teh tanpa gula. Paling mujarab jika ianya dicampur dengan jus lemon segar. Bukan saja menambah kesihatan kulit malah ia juga mampu membantu mengurangkan berat badan.
Tak salah pun kalau korang suka makan ayam goreng tapi nak makan tu agak-agak lah. Biar berpada-pada. Ni tak beli kat KFC satu bucket, ngko sorang je makan. Mana tak tumbuh jerawat batu, jerawat ayam, jerawat batu bata, jerawat papan kat muka. Hikhik. Kerana apa? Kerana minyak yang tersejat dan terkumpul dalam ayam goreng menyumbang kepada pertumbuhan jerawat di muka. Selain ayam goreng, makanan lain seperti burger, sosej, dan steak daging atau ape-ape jelah masakan berasaskan minyak harus diambil dalam kuantiti yang sedikit. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati.