
Seorang wanita Ohio dituduh memperkosa anak lelakinya yang berusia 10
bulan dengan merakam aksi itu dan kemudian menghantarnya kepada teman
lelakinya di Michigan.
Ashley N Jessup, 24, didakwa di Columbus, Khamis lalu atas dua
tuduhan memperkosa, satu tuduhan membahayakan nyawa kanak-kanak dan satu
tuduhan memuaskan nafsu seksual membabitkan golongan yang lemah.
Pendakwa raya daerah Franklin, Ron O'Brien berkata, Ashley menghantar
rakaman video itu melalui e-mel kepada teman lelakinya di Battle Creek,
Michigan dan ditemui bekas teman wanita lelaki itu yang kemudian
menghubungi polis.