Edisi Hangat! Filem senyap The Artist dinobat filem terbaik!

Oleh Kaki Wayang on


Filem senyap hitam putih The Artist dinobatkan pemenang anugerah Filem Terbaik di Anugerah Akademi ke-84 (Oscar) yang berlangsung Ahad lalu. Selain itu, pengarahnya, Michel Hazanavicius turut melakar kejayaan membawa pulang Trofi Pengarah Terbaik diraih dari filem sama.

Filem yang menelan belanja $12 juta ini, berjaya menawan hati juri dan merupakan filem senyap pertama meraih anugerah utama sejak majlis anugerah itu diadakan 83 tahun lalu. Selain memenangi filem terbaik dan pengarah terbaik, The Artist turut membawa pulang trofi Rekaan Kostum Terbaik, Skor Muzik Terbaik, di samping anugerah Pelakon Lelaki Terbaik yang menjadi milik Jean Dujardin.

Jean, lelaki berbangsa Perancis pertama memenangi trofi berprestij untuk bidang lakonan.

"Saya cintakan awak dan saya cintakan negara anda," hanya itu yang terucap di bibir aktor berusia 36 tahun itu sebaik diumumkan sebagai pemenang. Malah secara romantis, Jean turut menyatakan rasa cinta terhadap isterinya, pelakon, Alexandra Larny ketika menyampaikan ucapan.

Manakala pelakon berbakat besar, Meryl Streep melakar kejayaan manis apabila dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan berkesannya dalam filem The Iron Lady.

Kemenangan Meryl memperlihatkan koleksi anugerah ketiga Oscar miliknya.
"Oh tidak! Bukan dia sekali lagi," hanya kata itu yang terucap apabila ada beberapa pihak meramalkan kemenangannya­ atas peranan yang cukup berkesan sebagai bekas Perdana Menteri British, Margaret Thatcher.

Sementara itu, filem Hugo, arahan pengarah prolifik Martin Scorsese, berjaya membawa pulang lima anugerah termasuk Pengarahan­ Seni Terbaik, Sinematografi Terbaik, Adunan Bunyi Terbaik, Suntingan Bunyi Terbaik dan Kesan Visual Terbaik dari 11 kategori yang dipertandingkan.

Lakonan pembantu cukup berkesan yang dibawakan Octavia Spencer menerusi filem The Help melayakkan wanita itu membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita terbaik. Manakala Christopher Plummer memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem lakonannya, The Beginners.

Malah secara berseloroh Christopher mengatakan anugerah Oscar muda setahun dari umurnya dan bangga pencapaiannya itu.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...