Edisi Hangat! Dangi diiktiraf lelaki paling pendek di dunia!

Oleh Kaki Wayang on


Seorang lelaki berusia 72 tahun, Chandra Bahadur Dangi dari sebuah kampung terpencil di barat daya Nepal diiktiraf semalam sebagai lelaki paling pendek di dunia selepas ketinggiannya diukur oleh beberapa pegawai Guinness World Records.
 
Dangi setinggi 54.6 sentimeter (sm), 5.3sm lebih pendek daripada pemegang rekod sebelum ini, Junrey Balawing dari Filipina.


"Saya berasa amat gembira," kata Dangi kepada pemberita. "Saya akan bekerja untuk mempromosikan negara saya ke seluruh dunia," tambahnya.

Dangi yang seberat 12 kilogram juga diisytiharkan sebagai manusia paling pendek pernah direkodkan sekali gus mengambil alih tempat Gul Mohammed yang setinggi 57sm sebelum dia meninggal dunia pada tahun 1997 semasa berumur 40 tahun.

"Saya terus-menerus berasa takjub bahawa rekod ini terus dipecahkan," kata Ketua Pengarang Guinness World Records, Craig Glenday dalam satu kenyataan selepas ketinggian Dangi diukur di sini.

Menurutnya, jika umur Dangi betul, dia akan menjadi individu paling tua yang memiliki rekod dalam sejarah 57 tahun Guinness World Records. Dangi tinggal di daerah Dang, 350 kilometer dari sini. Dia pernah menyatakan sudah terlalu tua untuk berkahwin tetapi masih berminat untuk mengembara ke negara-negara lain. 

Beberapa pegawai Guinness World Records menyatakan mereka masih belum mengetahui punca yang menyebabkan Dangi menjadi pendek. Dangi pernah menyatakan bahawa dia dijadikan bahan sarkas semasa muda oleh beberapa saudaranya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...