Edisi Hangat! Wan Shades saman pengendali Rotikaya.com - Rotikaya Gagal Dihubungi!

Oleh Kaki Wayang on


Bekas penyanyi kumpulan Shades, Mohamad Faizal Mohd Ali atau Wan Shades akan mengambil tindakan saman terhadap pengendali blog hiburan Rotikaya.com kerana menerbitkan artikel yang dianggap memfitnahnya. Katanya, artikel bertajuk Wan Shade Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol anak Tiri Selama Tujuh Tahun secara jelas merujuk kepada dirinya.


Artikel itu dikeluarkan dalam blog Rotikaya.com pada 20 Februari lalu. Bagaimanapun, artikel itu sudah dikeluarkan daripada blog berkenaan. Wan berkata, tindakan undang-undang terpaksa diambil untuk memberi pengajaran kepada pengendali blog itu supaya bertanggungjawab terhadap artikel yang dikeluarkannya selain meminta mereka tampil untuk menjawab setiap tuduhan yang dilemparkan.

“Artikel yang dikeluarkan adalah satu spekulasi tidak benar dan ia mencemarkan maruah saya sebagai artis dan nama baik saya sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia,” katanya pada sidang media di rumahnya di Taman Melati di sini, semalam.

Beliau memberi tempoh tujuh hari kepada blogger itu untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

“Saya sedia bersemuka dengan blogger terbabit untuk mendapatkan penjelasan, namun mereka gagal dihubungi,” katanya.

Wan turut membuat laporan di Balai Polis Ukay Perdana pada hari sama selepas membaca artikel berunsur fitnah diterbitkan dalam blog berkenaan.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...