Jutaan tahniah diucapkan kepada Lisa Surihani dan Yusry yang kini
sudah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz sahaja. Majlis
pernikahan telah pun berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya. Mas kahwin
yang diberikan kepada Lisa ialah seutas rantai platinum.

Majlis pernikahan yang bertemakan “Winter Garden” ini berjalan dengan suasana sederhana. Semasa lafaz nikah disahkan oleh para saksi, Lisa kelihatan mengalirkan air mata terharu. Untuk makluman, pihak pengantin perempuan menghantar 9 dulang hantaran dengan keyboard dan koleksi lagu Beatles antara hantaran yang menarik. Manakala pihak pengantin lelaki menghantar 7 dulang sebagai balasan.






Kredit: Totally from BeautifulNara!