Edisi Sentap! Konsert Erykah Badu dibatal - Isu Tatu Nama Allah S.W.T di dada!!

Oleh Kaki Wayang on


Konsert penyanyi wanita Amerika, Erykah Badu yang dijadual berlangsung di ibu negara malam ini dibatalkan kerana melanggar garis panduan Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman Tumblr beliau berkata, persembahan itu juga dibatalkan kerana melanggar syarat-syarat kelulusan iaitu menyentuh sensitiviti agama, bangsa serta nilai budaya masyarakat Malaysia.

Erykah Badu yang berasal dari Dallas, Texas pernah memenangi anugerah Grammy dan dijadual membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini malam ini. Erykah sudah pun berada di Kuala Lumpur sejak Ahad lalu.

Rais berkata, perbuatan artis itu meletakkan tulisan kalimah Allah di badan tanpa baju adalah satu penghinaan kepada agama Islam dan merupakan kesalahan yang serius.

"Perlanggaran syarat ini telah menimbulkan bantahan masyarakat yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan memberi impak negatif kepada imej kerajaan," katanya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...