Edisi Hangat! Barack Obama Nyanyi Lagu Blues Dalam White House,Terus ‘Meletup’ Dalam Youtube!

Oleh Kaki Wayang on

Presiden Obama Nyanyi Lagu Blues Dalam White House...Terus 'Meletup' Dalam Youtube

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama semalam tunjuk ‘bakat’ lain selain daripada politik. Beliau mengejutkan banyak pihak apabila dengan selamba menyanyikan sebuah lagu blues di White House.

Dalam majlis bagi memperingati Black History Month itu, Presiden Obama menyanyi bersama penghibur terkenal lain seperti Mick Jagger dan B.B. King.



Pemimpin nombor satu negara Uncle Sam itu membawakan lagu “Sweet Home Chicago” setelah Mick Jagger memberinya mikrofon.



” Adakalanya bila hendak berjalan-jalan, untuk meredakan fikiran…Perkhidmatan Rahsia enggan membenarkan saya berbuat demikian dan ini agak mengecewakan.

” Tetapi bila Mick Jagger dan B.B King datang ke rumah anda dan membuat persembahan…ia sesuatu yang sungguh di luar kawalan,” katanya sebelum mendendangkan beberapa rangkap daripada lagu blues tersebut.

Hingga kini klip nyanyiannya menjadi salah satu video ‘favorite’ dalam laman YouTube. Mungkin member nak ‘release tensionlah tu’…nak fikir macam mana nak kekal di White House, macam mana nak serang negara Arab dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi….

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...