Tadi dalam perjalanan ke tempat kerja..sempat lagi mendengar HotFM..tujuannya bukan setakat nak dapatkan info dan maklumat baru..tapi kalau dapat maklumat leh masukkan dalam blog..hehehe..hari tu cerita sal seorang remaja yang sanggup menjual buah pinggangnya hanya kerana nak sangat dapatkan iPad idamannya itu..
Lain pula ceritanya apabila seorang remaja Beijing yang sanggup menjual daranya hanya untuk dapatkan iPhone 4.. Akhbar Korean Herald memetik Biznewschina sebagai melaporkan seorang remaja ‘jiulinghou’ (merujuk kepada mereka yang lahir pada 1990-an) menulis dalam Weibo – versi Twitter China – bahawa dia mengimpikan mahu memiliki iPhone 4 sendiri tetapi tidak dibenarkan bapanya.
Remaja itu kemudiannya mengiklankan "dara"nya itu dan sanggup menjualnya kepada seseorang jika orang tersebut membelikannya iPhone 4..
P/s: Hanya kerana iPhone 4 semua orang jadi tak keruan..betol kata Usop Wilcha..manusia boleh jadi macam-macam hanya kerana handphone..boleh jadi seseorang yang lain, hilang akal, sanggup buat apa shj untuk dapatkan apa yang diidamkan..tapi yang peliknya remaja-remaja dari Beijing je yang slalu mengadaikan sesuatu yang berharga bagi dirinya kepada orang lain hanya kerana produk Apple..