Betol-betol Hangat! Soal Jawab Agama: Harus terima komisen

Oleh Kaki Wayang on

 

SAYA ada kemusykilan berkaitan hukum halal haram mengenai ­pekerjaan sebagai orang tengah atau jururunding ­berkaitan projek. Contohnya, katakan saya dapatkan satu projek dan saya bagi kepada seseorang dan inginkan komisen daripada harga projek berkenaan.

Apakah hukumnya hasil wang yang saya peroleh itu? 

Jawapan:

ISLAM mengharuskan pekerjaan sebagai orang tengah atau broker (Arab, wasit, simsar) dengan ­mengambil upah atau komisen daripada khidmat jualan atau rundingan dalam satu barangan atau projek.

Istilah Arab bagi ­pekerjaan ini adalah samsarah (brokerage) atau ­wakalah (agensi). Ibnu Sirin menghukumkan aktiviti broker dibenarkan. ­Menurutnya, apabila seseorang berkata: “Juallah barang ini dengan harga sekian. Untungnya adalah milik kamu atau kita bahagi bersama,” hukumnya adalah harus. (al-Bukhari, Kitab ­al-Ijarah, bab ajr al-samsarah)

Selain itu, perlu diperhatikan syarat yang perlu dipatuhi ketika menjalankan pekerjaan sebagai orang tengah antaranya (1) seseorang itu perlu mengelak daripada melakukan penipuan dan pemalsuan, (2) ada persetujuan antara pemilik, orang tengah dan pelanggan, (3) harga yang ditetapkan tidak terlalu tinggi dan (4) barangan atau khidmat ditawarkan adalah yang halal.

Dengan mematuhi syarat berkenaan, pendapatan dan pekerjaan itu menjadi halal (lihat juga, “Kedudukan Untung yang diambil oleh Broker/Ejen/Orang tengah,” Insaf Islam).


Korang mesti suka kalau join “contest” pas tu dapat hadiah free kan? Dah laa korang tak keluar duit 1 sen pun tup-tup leh dapat hadiah pula..Kalau dah suka meh join Betol-betol Hangat!

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...