Apakah hukumnya hasil wang yang saya peroleh itu?
Istilah Arab bagi pekerjaan ini adalah samsarah (brokerage) atau wakalah (agensi). Ibnu Sirin menghukumkan aktiviti broker dibenarkan. Menurutnya, apabila seseorang berkata: “Juallah barang ini dengan harga sekian. Untungnya adalah milik kamu atau kita bahagi bersama,” hukumnya adalah harus. (al-Bukhari, Kitab al-Ijarah, bab ajr al-samsarah)
Selain itu, perlu diperhatikan syarat yang perlu dipatuhi ketika menjalankan pekerjaan sebagai orang tengah antaranya (1) seseorang itu perlu mengelak daripada melakukan penipuan dan pemalsuan, (2) ada persetujuan antara pemilik, orang tengah dan pelanggan, (3) harga yang ditetapkan tidak terlalu tinggi dan (4) barangan atau khidmat ditawarkan adalah yang halal.
Dengan mematuhi syarat berkenaan, pendapatan dan pekerjaan itu menjadi halal (lihat juga, “Kedudukan Untung yang diambil oleh Broker/Ejen/Orang tengah,” Insaf Islam).