PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label halal komisen. Show all posts
Showing posts with label halal komisen. Show all posts
Home » Posts filed under halal komisen
Betol-betol Informasi! Jakim sahkan Golden Churn tidak HALAL
Oleh Kaki Wayang on
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal. Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berlainan.
"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. "Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Sehubungan itu, Othman meminta pemegang dan permohonan baharu Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada bahan yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baharu.
Menurut beliau, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak. Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.
Pada 19 Julai lalu, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.
Betol-betol Hangat! Soal Jawab Agama: Harus terima komisen
Oleh Kaki Wayang on
SAYA ada kemusykilan berkaitan hukum halal haram mengenai pekerjaan sebagai orang tengah atau jururunding berkaitan projek. Contohnya, katakan saya dapatkan satu projek dan saya bagi kepada seseorang dan inginkan komisen daripada harga projek berkenaan.
Apakah hukumnya hasil wang yang saya peroleh itu?
Jawapan:
ISLAM mengharuskan pekerjaan sebagai orang tengah atau broker (Arab, wasit, simsar) dengan mengambil upah atau komisen daripada khidmat jualan atau rundingan dalam satu barangan atau projek.
Istilah Arab bagi pekerjaan ini adalah samsarah (brokerage) atau wakalah (agensi). Ibnu Sirin menghukumkan aktiviti broker dibenarkan. Menurutnya, apabila seseorang berkata: “Juallah barang ini dengan harga sekian. Untungnya adalah milik kamu atau kita bahagi bersama,” hukumnya adalah harus. (al-Bukhari, Kitab al-Ijarah, bab ajr al-samsarah)
Selain itu, perlu diperhatikan syarat yang perlu dipatuhi ketika menjalankan pekerjaan sebagai orang tengah antaranya (1) seseorang itu perlu mengelak daripada melakukan penipuan dan pemalsuan, (2) ada persetujuan antara pemilik, orang tengah dan pelanggan, (3) harga yang ditetapkan tidak terlalu tinggi dan (4) barangan atau khidmat ditawarkan adalah yang halal.
Dengan mematuhi syarat berkenaan, pendapatan dan pekerjaan itu menjadi halal (lihat juga, “Kedudukan Untung yang diambil oleh Broker/Ejen/Orang tengah,” Insaf Islam).

Korang mesti suka kalau join “contest” pas tu dapat hadiah free kan? Dah laa korang tak keluar duit 1 sen pun tup-tup leh dapat hadiah pula..Kalau dah suka meh join Betol-betol Hangat!